Dr Ali Noor
Dr Ali Noor
Gambar terakhir yang diambil sebelum Dr Ali Noor jatuh sakit.

Tidak tergambar keperitan yang dirasai golongan barisan hadapan yang berhempas pulas, korbankan segala masa dengan keluarga yang tersayang demi untuk menggalas amanah yang dikurniakan Allah untuk kesejahteraan umat sejagat.

Baru baru ini, kita dikejutkan lagi dengan berita kepergian seorang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikenali sebagai Dr Ali Noor.

Menurut posting facebook yang ditulis oleh seorang kenalan kepada Almarhum Dr Ali Noor, Muhammad Anas memaklumkan yang Almarhum di sahkan meninggal dunia disebabkan oleh Penyakit Acute Respiratory Distress Akibat pendarahaan otak akibat daripada tekanan kerja yang berterusan juga tidak cukup rehat.

Dr Ali Ini rakan saya. Dah dua kali Ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beoufort Sabah menetap bersama Beliau(Sekali bersama Dr Asbullah sabah) Di Klinik Ijtimak.Setiap Kali Ijtimak/perhimpunan besar jemaah tabligh di Beofort sabah ,Dr Ali akan datang dari selangor.Beliau bertugas berkhidmat secara percuma sebagai Dr Mengubati sepanjang 3 hari Ijtimak.peserta peserta Ijtimak yang sakit akan diubati beliau.

Beliau juga memberitahu yang Almarhum aktif dalam aktiviti Dakwah Tabligh dan pernah bertemu sewaktu keluar Ijtimak di Beoufort Sabah dan menjadi salah seorang doktor sukarelawan untuk mengubati peserta himpunan Ijtimak yang sakit.

2 edited
Almarhum Dr Ali Noor dan keluarga

Almarhum Dr Ali Noor seorang insan yang luar biasa.

Beliau juga seorang Ahli pendakwah agama Islam ,kaki Masjid dan seorang baik sopan santun,berlemah lembut,baik Hati,Tawadhuk. Marilah kita doakan bersama Beliau Dan sedekahkan pahala Fatihah.

Almarhum Dr Ali seorang yang dekat dengan masjid dan sering berkorban di jalan Allah membuat kerja-kerja dakwah. Muhammad Anas juga menceritakan tentang perwatakan beliau juga sewaktu hayatnya sangat baik, lemah lembut, baik hati dan juga tawadhuk.

Warga Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengucapkan Takziah

Kenalan Almarhum, pohon doakan buat Almarhum

Semoga Allah ampunkan semua dosa beliau,Allah terima serta Redho pada beliau,Allah tempatkan beliau bersama Kelompok yang di DiredhoiNya.Allahumaaa Aamiin BijahiiRasuulillaah3x..Tolongkan aamiinkan doa ini ya tuan tuan puan puan.Salam Takziah buat keluarga al Marhum

Tidak tergambar betapa besar pengorbanan beliau kepada ummah. Pergi dalam keadaan berjuang membantu golongan barisan hadapan dalam perjuangan membendung wabak pandemik Covid19. Syahid Akhirat In Shaa Allah buat Almarhum Dr Ali Noor.

Kami dari Kakibawang.my mengucapkan takziah buat keluarga Almarhum Dr Ali Noor. Semoga Allah memberikan kesabaran yang tinggi buat keluarga Almarhum. Allah menjadi saksi atas pengorbanan Almarhum sewaktu hayatnya. Semoga Allah memberi balasan Syurga tertinggi buatnya In Shaa Allah.

Al-Fatihah.

Allahhummaghfirlahuwarhamhu Wa’afihiwa’fuanhu.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *