doa

Doa untuk ibu bapa adalah kewajipan bagi kita yang bergelar anak. Pengorbanan ibu bapa kepada anak mereka tidaklah terhingga dan kita sebagai anak harus berjasa kepada mereka. Jika tidak mampu membalas jasa dengan wang ringgit, cukuplah doa kebaikan dunia akhirat kepada mereka.

Apa yang paling penting adalah jangan sesekali menderhaka kepada ke dua orang tua kita. Sebagai anak, berusahalah untuk membahagiakan mereka dan mengembirakan hati mereka. Jika ibu bapa sudah uzur atau tidak larat menguruskan diri sendiri, kita lah sebagai anak yang harus mengurus mereka sepertimana mereka mengurus kehidupan kita di waktu kecil dahulu.

Contoh Doa Untuk Ibu Bapa

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM

ALLOHUMA FIRLANA WALI WALIDINA WARHAMHUMA KAMA ROBBAYANI SOHIRO

Ya Allah ampuni ibu bapa ku, sayangi lah mereka ya Allah. Jadikan baki umurnya berkat ya Allah. Kerana siapa pun mereka, bagaimana pun keadaanya. Mereka tetap ibu bapa ku ya Allah.

Aku ni anak mereka, darah dagingnya ada di tubuh ku ni ya Allah. Berikan kebahagiaan, kemuliaan dan ketenangan kepada ibu bapa ku ya Allah.

Jika suatu saat Engkau memanggilnya pulang, wafatkan ibu bapa ku khusnul khatimah ya Allah. Lindungi dari su’ul khatimah dan ringankan hisabnya ya Allah.

Aku memohon kepada Mu ya Allah. Golongkan ibu bapa ku ahli syurga Mu ya Allah. Dan jangan Engkau jadikan ibu bapa ku ahli neraka ya Allah. Aku mohon sangat kepada Mu ya Allah.

Doa Untuk Ibu Bapa
Doa Untuk Ibu Bapa

Aku sedar ya Allah, aku zalim… Maka ampuni segala kezaliman ku terhadap ibu bapa ku ya Allah. Aku sedar aku derhaka… maka ampuni segala kederhakaan ku kepada ibu bapa ku ya Allah. Ampunilah ya Allah.

Aku sering dan banyak kali mengecewakan dan mendugakan hati ibu bapa ku ya Allah. Aku mengaku pernah bercakap kasar dan menguriskan hati ibu bapa ku ya Allah. Semua itu tidak sengaja ya Allah. Aku tidak sengaja melukakan hati ibu bapa ku ya Allah. Mungkin aku belum faham bagaimana jika aku di salah satu posisi mereka.

Maka ampunkan lah segala dosa ku terhadap ibu bapa ku ya Allah. Dan lindungi lah aku daripada sifat pemarah dan pendendam. Lenyapkan segala sifat mazmumah dalam diri ku ni ya Allah.

Aku memohon kepada Mu jadikan sisa umur ku ni menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa ku ya Allah. Jadi kan sisa umur ku ini anak yang soleh. Anak yang boleh menjadi jalan kebahagiaan, kemuliaan di dunia dan akhirat untuk ibu bapa ku.

Terima lah segala amalan ku dan segala pemberian ku kepada ibu bapa ku ya Allah. Jadi kan segala amalan ku ni menjadi asbab kebaikan dan kebahagian untuk ibu bapa ku di dunia dan akhirat nanti. Dan harmonikan lah sekeluarga kami ni ya Allah. Wujudkan rasa kasih sayang dalam sekeluarga kami ni walau bagaimana keadaanya.

Sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi maha penyayang yang sentiasa memberi peluang terhadap hamba mu. Ampunilah segala dosa ku dan dosa sekeluaga ku ya Allah.

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina adzabannar.

Youtube

Doa tidak semestinya dalam bahasa arab, doa dalam bahasa yang difahami juga adalah yang terbaik. Apa yang penting adalah doa yang difahami kerana ika seseorang itu berdoa dengan apa yang difahami maka itu akan menghadirkan hatinya ketika berdoa.

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *