Melaka: Didera bapa tiri disyaki punca seorang kanak-kanak ditemui meninggal dunia akibat lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, di sini, dengan kesan cedera dan lebam di anggota badan, petang hari ini. Kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun itu dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kira-kira 4 petang, Bilik Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya lemas di dalam tong air di rumahnya.
Bagaimanapun, katanya, semasa siasatan dijalankan, polis mendapati terdapat kesan lebam serta kecederaan di anggota badan kanak-kanak malang itu.
“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sengaja dicederakan. Susulan itu, ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun ditahan oleh pihak Polis bagi siasatan lanjut.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, polis akan membuat permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Ayer Keroh esok.
Keluarga angkat kecewa apabila ketahui mangsa disyaki mati akibat didera bapa tiri

Sebelum itu, Norlida yang merupakan ibu angkat mangsa tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak yang sudah dianggap seperti darah dagingnya sudah kembali dijemput Ilahi setelah baru sahaja tiga bulan dipulangkan kepada keluarga kandung. Apatah lagi anak angkat tersebut dipelihara sejak bayi lagi sehingga usianya hampir menjangkau enam tahun.
Namun, disebabkan oleh tuntutan ibu kandungnya, Norlida tiada daya dan upaya untuk menghalang Amir daripada diambil oleh keluarga kandungnya. Menerusi video viral di Facebook, Norlida kelihatan teresak esak saat menatap wajah arwah Amir sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya. Video tersebut menjadi perhatian warganet apabila mendapat 4,200 perkongsian di Facebook dan dibanjiri komen dari para netizen yang mengecam tindakan bapa tiri mangsa.
Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my
Sumber: