frontliners
Kehadapan Frontliners kami yang kami kagumi,

Tatkala dunia dilanda musibah dugaan dari Ilahi, ada sekumpulan entiti yang punyai keberanian luar biasa tersemat di hati hati mereka. Mereka bukan adiwira. Tidak memiliki apa apa kuasa. Semuanya hanya manusia seperti kita. Akan tetapi insan insan ini adalah insan yang hebat! Berkorban, berjuang berhempas pulas melawan musuh yang tidak kelihatan dek mata pandangan. Allah. Besar sungguh pengorbanan kalian! Dear our frontliners! You’re our unsung hero! Pengorbananmu, berhempas pulas, kekal celik siang dan malam, hanya untuk berbakti kepada Ummah. Allah! Semoga Ilahi berikan balasan yang setimpal malah lebih buat kalian!

frontliners
Ehsan www.nst.com.my
Pengorbanan yang tiada galang ganti.

Baru baru ini, kita dikejutkan dengan berita seorang frontliners iaitu pemandu ambulans rebah dan meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 ke hospital. Kejadian menyayat hati ini berlaku di Ipoh. Sumber mengatakan, beliau kerja selama 24 jam tanpa berhenti. Allahu. Meninggal dunia tatkala berjuang membantu saudara se-Islamnya untuk mendapatkan bantuan kecemasan akibat Covid-19. Tidak tergambar sedihnya ahli keluarga beliau menghadapi situasi ini. Akan tetapi tidak mengapa kerana Allah adalah saksi buat pengorbanan beliau buat Ummah. Luangkan masa kita sedikit untuk sedekahkan Al Fatihah kepada roh frontliner kita yang pergi menghadap Ilahi sewaktu menjalankan amanah ini. Semoga Syurga tempat istirehat buatnya In Shaa Allah.

EnjIZ5PUYAAi0sq
Ehsan www.hmetro.com.my

Pernah tak kita terfikir. Di dalam keselesaan duduk di rumah kita sewaktu perintah berkurung bersyarat yang ditetapkan kerajaan, ada insan insan di luar sana yang tak tidur, tak rehat, yang dikerah segala kudrat, berkorban segala galanya demi membendung musuh yang tidak kelihatan ini. Allahu. Besarnya pengorbanan kalian wahai frontliners kami!

frontliner break 1590132749
Ehsan www.nst.com.my

Fikir tentang frontliners kita! Jangan pentingkan diri! Anda lihat bagaimana mereka melaksanakan tugas demi membendung penyakit ini daripada berjangkit dengan insan-insan yang kita sayang. Anda nampak tak? Mereka korbankan tubuh badan mereka berhadapan dengan risiko dijangkiti semata mata untuk insan-insan yang kita sayang. Anda nampak tak?

Baru baru ini terdengar keluhan dari seorang sahabat medical assistant (MA) di Hospital Sungai Buloh. Cuti mereka dibekukan dari bulan Mac lagi. Raya tidak dapat beraya dengan keluarga. Kerja lebih masa. Anda masih tak nampak lagi?

Frontliners kita, anggota polis dan askar mengorbankan cuti mereka, korbankan masa dengan keluarga mereka semata mata untuk menjalankan tugas menjaga sempadan sempadan negeri bagi membendung penularan penyakit pelik ini. Kita di kejutkan lagi dengan berita seorang anggota polis yang dirempuh pemandu mabuk sewaktu menjalankan sekatan jalan raya di sempadan negeri negeri bagi tujuan membendung penularan Covid-19. Pergi lagi seorang frontliners yang berkorban buat kita semua. Semoga Syurga miliknya In Shaa Allah. Al Fatihah buat frontliner kita yang gugur.

koperal safwan pemandu mabuk langgar

Kita sebagai rakyat Malaysia, dimanakah kewarasan akal kita? Pihak frontliners kita telah bertungkus lumus membendung penularan Covid-19 di negara kita yang tercinta ini. Lihat saja Datuk Dr DG Noor Hisyam kita yang seperti tiada cuti nampaknya. Hari hari akan sentiasa kekal bersiaran menyampaikan info info semasa tentang keadaan Covid-19 di dalam negara kita tanpa jemu.

Jadi, tunggu apa lagi? Mainkan peranan kita sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara kita!

Patuh dengan peraturan yang ditetapkan pihak kerajaan. Sentiasa memakai pelindung muka. Sentiasa memakai sanitizer. Penjarakan sosial. Sentiasalah berwaspada. Kurangkan bergerak dan stay at home!

Kita mampu menang lagi. Kita sudah buktikan yang kita mampu menang. Hanya kita perlu lakukannya sekali lagi. Kita pasti boleh!

4 1

Buat frontliners kami,

Anggota polis, askar, anggota perubatan, rider food delivery, rider goods delivery and etc.

Thank you. A million thanks to you our dear frontliners. Your sacrifices, your dedication are beyond compare. Praying for your health and safety in this difficult moments. May Allah bless every single one of you and repay the best rewards for all of you.

Al-Fatihah for our fallen heroes.

#kitajagakita #kitapastimenanglagi

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *