Dana Persaraan

Topik berkenaan dana persaraan agak bosan, ramai tak suka bahas bab persaraan sebab mereka rasa jauh lagi nak bersara.

Bagi orang muda, masa lambat berlalu. Bagi orang tua, masa itu terlalu cepat dilalui dan dana persaraan ini perlu diambil berat kerana kelak kita manusa perlu

Jika kita rasa sekarang, waktu pandemik pun dah susah sebab tiada simpanan. Bagaimana hari tua kita tanpa simpanan? Bayangkan kita susah begini tapi waktu itu kita dah tiada tenaga lagi? Siapa nak ambil kita kerja dan dari mana kita nak dapat duit nanti. Bagaimana dengan dana pendapatan anda kemudian hari?

Walau kita penjawat awam ada pancen, sediakan juga dana persaraan buat kita dan keluarga. Zaman mak abah kita dan kita dah berbeza.

Hampir semua yang baca tulisan saya hari ini berusia sekitar antara 30 tahun – 45 tahun adalah ‘sandwich generation’ . Kita akan naungi ibubapa kita dan anak anak kita nanti. Belajar beli hartanah setidaknya ada dua biji rumah sewa dan buatlah simpanan emas untuk bersara.

Jika dah ada ‘sikit’ simpanan KWSP belajar bertahan bukan perjuangkan untuk keluarkan. Yang namanya duit, banyak mana pun akan habis. RM10,000 yang kita keluarkan percayalah akan habis dalam sekelip mata. Jika selama ini kita tak boleh simpan waima RM5,000 bagimana kita nak uruskan RM10,000.

Ahli politik yang bersungguh cadangkan ini, semua elaun mereka jalan dan tak potong lagi. Malah duit yang mereka gelapkan pun boleh makan sampai anak cucu tak habis nanti umpama tak perlu risau perihal berkenaan dana persaraan.

Jika tiada potongan KWSP oleh majikan mintaklah padanya. Jangan rasa bahagia dapat lebihan duit. Hakikatnya majikan juga untung sebab tak mencarum buat simpanan pekerja. Kewajipan majukan mencarum 12% kedalam simpanan KWSP buat kita.

Jika kita tak buat simpanan di KWSP, impian kita nak beli rumah akan sukar nanti. Bank akan minta selain penyata LHDN juga penyata KWSP.

Jika tak buat simpanan KWSP sebab tak suka, kononnya makan duit kita. Buatlah simpanan persaraan di PRS. Mohon dimana mana dana. Berusahalah menyimpan, bukan untuk saya tapi untuk masa depan tuan sahabat saya disini.

Jika sahabat berjaya jana banyak pendapatan online saat ini atau berniaga berjaya. Buatlah potongan persaraan sendiri dengan PRS atau KWSP segera.

“Alah saya boleh jer simpan sendiri untuk bersara nanti”
Demi Allah percayalah, jika kita simpan sendiri tanpa kawalan dan syarat ketat untuk keluarkan. Pasti kita akan terbelanja sebelum bersara.

Bayangkan jika KWSP diberi kad ATM macam bank, agaknya banyak mana yang tinggal dalam KWSP kita.

Belajar sikit ilmu saham, paling mudah letak duit dalam ASB untuk simpanan masa depan.

Dana Persaraan
Businessman Brainstorming About Retirement Planning (Dana Persaraan)

Saya selalu pesan, buatlah pakatan dengan isteri untuk setiap orang beli dua biji rumah setiap orang. Jangan gabungkan nama untuk beli rumah agar dapat pembiyaan 90% setiap rumah. Jika kita beli rumah yang baik dan betul pada harga RM250,000 x 4 . Kita akan ada aset sejuta lebih selepas bersara.

Selain ada Dana Persaraan lain, belajar menabung emas. Selama 19 tahun purata kenaikkan emas adalah 10.5% . Jika tahun 2000 sekilo emas nilainya hanya RM35,000 kini sekilo emas nilainya dah jadi RM260,000 sahaja. Belajarlah beli emas pelaburan untuk buat simpanan masa depan kawan kawan ya.

Tulisan pagi ini panjang sebab sahabat facebook saya dah capai 300,000 orang pembaca malam tadi.
Saya bertanggujawab atas dosa dan pahala dalam tulisan saya. Saya berimpian sahabat saya semua ada simpanan yang baik sebelum bersara.

Modal paling besar adalah usia dan kesihatan. Selagi kita sihat dan muda, menabung dan melaburlah demi masa depan.
Terima kasih selalu membaca untuk jadi bijak dan luar biasa.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Artikel Utama: Info

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *