soya

Daging Proses mudah disediakan tetapi membawa mudarat

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh seorang pakar pemakanan mendapati bahawa kanser payudara boleh berpunca daripada faktor pemakanan seseorang. Kajian ini bukan lagi khabar angin atau mitos kerana penyilidikan yang telah dijalankan oleh beberapa penyilidik di seluruh dunia adalah sahih dan tepat.

maggie
Mee segera salah satu makanan yang mampu meransang pertumbuhan sel-sel kanser

Makanan segera seperti mee segera, sardine, sosej atau makanan lain yang telah diproses dan dimodifikasi secara genetik yang mampu meransang pertumbuhan kanser di dalam tubuh badan. Bukan sahaja kanser, malah penyakit seperti obesiti, darah tinggi dan kolestrol tinggi juga tercetus disebabkan pengambilan makanan tersebut.

daging proses
Burger yang telah diproses mempunyai risiko yang tinggi dalam ransangan sel-sel kanser

Selain daripada itu, makanan yang perlu dielak bagi merendahkan risiko kanser payu dara adalah daging yang diproses. Dalah Bahasa mudah, daging yang telah menjalani diproses di kilang bagi melambatkan kerosakan, mengubah rasa, warna dan mencantikkan kualiti daging tersebut. Ia dilakukan dengan kaedah penambahan bahan pengawet, perasa dan pewarna bagi menjadikan makanan tersebut tahan lebih lama. Antara contoh daging proses yang dimaksudkan adalah sose, bacon, salami dan daging burger.

Hal ini disebabkan oleh bahan-bahan tersebut akan berinteraksi dengan protein yang terdapat dalam daging tersebut pada suhu yang tinggi lalu mengubah struktur asal semulajadi kimianya sehingga bersifat karsinogenik yang mengandungi bahan yang boleh meransang sel-sel kanser.

soya
Kacang soya mempunyai khasiat yang sangat tinggi yang mampu mencegah kanser

Kajian menunjukkan terbaharu menunjukkan bahawa wanita yang mengambil daging proses terlalu kerap mempunyai risiko 9 peratus lebih tinggi terdedah dengan kanser payudara. Oleh itu kita dinasikatkan untuk menggantikan pemakanan tersebut dengan sumber protein yang lain seperti telur, ayam, kacang soya atau daging segar yang tnpa diproses. Tambahan lagi, untuk setiap penambahan 10gram alcohol setiap hari, ianya akan meningkatkan kadar risiko kanser payudara daripada 7, naik sehingga 10 peratus.

Hal ini kerana, kandungan di dalam alcohol juga antara salah satu faktor yang mempengaruhi risiko kanser payudara dengan meningkatkan tahap estrogen intraselular yang bertindak melalui reseptor estrogen.

Secara umumnya, tiada satu pun makanan atau diet yang boleh diamalkan bagi mencegah atau menyebabkan wujudnya sel-sel kanser didalam badan. Namun demikian, kita dinasihati agarmengambil pemakanan yang berasaskan sumber protein yang sihat, kerana ianya dapat membezakan sama ada risikonya tinggi atau rendah kepada penyakit kanser payudara.

Sumber: Nur Adilah Muhammadun Basar, Pegawai Dietetik (Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia)

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *