Covid19
Covid19

Baru baru ini tular di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Wan E’reen Wan Hasan telah berkongsi satu posting facebook menceritakan perjalanan dan pengalaman terkena penyakit virus Covid19 buat perkongsian pada pembaca. Dalam segmen COVID19 Stories kita kali ini, kita akan ikuti kisah Puan Wan E’reen berjuang melawan penyakit pandemik ini. Ayuh kita ikuti kisahnya.

Tanda tanda awal simptom mula dirasai

On 24th December 2020, i got the first covid symptoms, demam. Body temperature tkda la terlampau panas sgt, pling tinggi 38 mcm tu. I pergi klinik, amik ubat demam and standby ubat batuk terus, sebab masa tu dh mula rasa x sedap dada. 3days after, rasa mcm tekak tu a bit dry. X sakit tp dry. And start berpeluh, peluh tu keluar sejuk mcm ice. Lepas tu rasa mcm pelik kenapa bdn dah tak panas, but biji mata ni rasa mcm nk terkeluar.

Puan Wan E’reen mula merasakan simptom pada 24 December 2020. Antara simptom yang dapat dirasai adalah demam. Setelah beberapa hari simptom sakit dada pula mula dirasai. Beliau juga merasakan seakan akan biji mata nya ingin terkeluar.

I still continue mkn ubat pergi kerja mcm biasa. Day by day i start sakit dkt blkg ni. Letak mcm2 nk bg lega. Sakit tu still menyucuk. Then dah rasa sesak nafas teruk then lg teruk. On 30th, kebetulan mmg cuti, since rasa dh start selsema, nose dh bleeding.. i buat swab test dkt private, masa tu buat RTK je. 30mins waiting, the results positive. nak tahu apa jadi on 31st December 2020?

Hari demi hari tahap kesihatan beliau menjadi lebih teruk. Simptom awal mula menunjukkan interaksi keras dan mengundang simptom yang lebih bahaya. Beliau merasakan sakit dada dan sesak nafas yang teruk diselangi dengan sakit belakang. Setelah mengambil keputusan untuk melakukan swab test di hospital swasta, result yang menunjukkan adalah positif.

Terpaksa menunggu keputusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Call kkm petaling, dorang ckp tunggu que sbb rmai sgt. Dorang smpai ckp Klau teruk, dorg suruh i call ambulance je. I dah sesak nafas, sampai ambulance datang ambil doctor on duty masa tu terus tepuk dada i kuat2 sementara oxygen tu nk sambung. 2nd test, pcr dkt hospital still positive, i dah mkin teruk. Dehydrated cuz dh byk hari takda selera mkn, hilang deria rasa n bau.

Puan Wan E’reen terpaksa menahan kesakitan menunggu giliran daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan yang lanjut disebabkan oleh lambakan pesakit yang sedang menunggu giliran. Tahap kesihatan beliau semakin merosot dan terpaksa memanggil khidmat ambulans untuk memberikan sokongan pernafasan kritikal. Dalam masa yang sama beliau juga menghadapi risiko dehydration disebabkan oleh kehilangan selera makan dari simptom hilang deria bau dan rasa.

Lepas tu check jantung i smua, reading smua dah tak cantik. Then, amik darah dkt nadi, dkt nadi guys! Sakit! Doctor nk check oxygen dlm darah i ckup ke tak. Yes mmg i mkin teruk doctor trus increase kan bantuan oxygen dkt i lg tinggi. Sampai dekat hospital, 5days i dekat ward kritikal, they monitoring me, sehari kena amik darah 4-5x.. doctor ckp i dah masuk kn u dlm list utk msuk kn d icu, if the oxygen x bleh nk bntu, kami terpaksa guna kn alat bntuan pernafasan. masa tu ingat anak je. Serious ank kt kepala! Gagah kn diri bgun pergi toilet wlupun masa tu doctor nk msuk kn tube kencing. My blood pressure 78/50 oxygen dlm 80 lbih

62f0f3e4 3415 4ae0 acc9 c6212dd9bcef
Gambar hiasan

Gerun melihat orang meninggal depan mata

Tengok org meninggal dpn mata, mayat trus msuk dlm guni berzip colour hijau. Those yg kluar icu, dorang akn d pantau dkt ward kritikal. Bila dorg buka oxygen, serious mengelupur. Sbb dkt icu dh bergantung dgn alat bantuan penafasan sblum ni.

Lepas tu doctor decide nk buat scan. Nak tahu results? my right lungs dah start ada darah beku n worst, kuman dh merebak. I dh jadi pneumonia rupanya!. Ada patient yg mengamok, stress. Nak bunuh diri, nak balik menjerit2. I kt ward Masa tu ank ank ank je kt kepala! Aku kena lawan! Klau aku balik aku kalah, ank2 aku x dpt cium aku. Katil sana tak pernah kosong! Penuh! 2 nurse jaga 28katil!

Gerun beliau melihat situasi di dalam icu. Mayat keluar masuk dari bilik tersebut. Setelah scan pada paru paru beliau, doktor mengesahkan beliau menghidapi pneumonia. Terdapat darh beku di paru paru kanan dan kuman dah mula merebak ke seluruh paru paru.

Ambil 5 bulan untuk pulih sepenuhnya

Bygkn, dorg la nk kena bg drip, cuci berak patient, kutip sampah, monitor patient, 5days i dekat ward kritikal, finally.. doctor transfer ke ward biasa, tp my bed btl2 dkt dgn kaunter nurse. Masa tu pergi tandas sesak nafas lg, nk bgun dari katil pun rasa sesak ini kn nk pergi tandas. Hri2 doctor cuba test turun kn oxygen..

Yes! I can survive day-10 dkt sana doctor buka oxygen! Alhamdulillah! Hasil doa ibu, kluarga dan kalian semua. I dah boleh discharged, jumpa anak2 i. Tapi, i dah tak normal mcm dulu, doctor cakap it will take 5months to recover at least. So lepas ni i akn jumpa pakar paru2 dkt IPR, daily i kena amik injection cair darah sendiri 4jab ok! Ubat i kena telan almost 20biji. 3hri balik rumah rasa jgk sesak nafas, dh Pneumonia kan. Bdn i cramp sebelah kanan, kepala sakit bila x ckup oxygen. So now mmg btl2 rest dkt katil.

Alhamdulillah, Pn Wan E’reen menunjukkan peningkatan kesihatan yang baik. Mula untuk tidak bergantung pada mesin oksigen selepas 10 hari bertarung dengan keadaan kekurangan oksigen. Akan tetapi, doktor memaklumkan yang beliau memerlukan sekurang kurangnya 5 bulan untuk pulih sepenuhnya dan perlu untuk mendapat rawatan susulan di hospital dalam tempoh penyembuhan.

ca 0911NID Brazil ICU online
Gambar Hiasan

Covid19 is real!

So guys, covid ni real okay! Jgn dk galak sgt gelak sana sini melancong sana sini. Time camni pun ada yg sembang psl politic lg. Kuman ni mmg x nmpk, even though i pun x tahu i dpt dari mana. Luckily my kids all negative. Once dia attack, MEMBUNUH! Just stay at home! Tak payah la bengang tak dpt balik kampung ke apa, yg pling bahaya, yg tkda symptoms pun positive, balik kg kena plk dkt org tua korg. Snggup??

Dekat ward kritikal tu rmai org tua taw, yg ada sakit buah pinggang, jantung, kencing manis darah Tinggi, dorg ni lg risiko sbb covid ni attack dorg mmg collapse trus. Kuat dgn x kuat lwan je. Sbelah bed i, aunty tu kena stroke, dtg sesak nafas hanya mmpu gerak kn kaki sebelahh dgrrr mcm nyawa nk kena cabut! Bayangkn lah. Nurse dkt sana pling takot jaga icu! Sbb?? Sana kuman lg worst! Dorang btl2 sacrifice utk kita smua, tolong la appreciate dorang. Nk solat pun terkejar2..

Puan Wan E’reen menasihatkan kepada semua untuk percaya yang virus Covid19 ini sangat real! Jangan sesekali mengambil mudah dengan virus ini. Beliau juga tekankan untuk sentiasa fikirkan frontliners yang berkorban untuk perjuangan pandemik ini. Beliau sendiri menyaksikan dengan mata kepalanya bagaimana situasi di dalam unit rawatan rapi (ICU) tersebut.

Bakal menyambung pekerjaan tak lama lagi

Insya’allah i’ll resume to work on 20th.. will see how, as for now still x boleh nk buat kerja berat.. borak2 mcm dulu2, doa kn i cpt sembuh boleh dukung anak i. ❤️

Please please please, take care guys! Thank you doctor and nurse at Hospital Sungai Buloh! Jasamu akan dikenang.

Apa apa pun admin Kakibawang.my mendoakan semoga Puan Wan E’reen diberi kesembuhan oleh Allah SWT dan mengurniakan asbab kebaikan atas kesabaran yang beliau alami.

Ingat wahai pembaca yang admin kasihi sekalian. Ingat bahawasanya virus Covid19 ini adalah benar. Jangan kita ambil mudah dengan virus ini. Sentiasalah berwaspada dengan keadaan sekeliling. Sentiasa panjatkan doa sepaya dikurniakan perlindungan oleh Allah SWT kepada kita semua.

Hasbunallah Wanee’mal Wakeel.

Sumber: FB Puan Wan E’reen

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *