emas

Antara soalan selalu ditanya adalah bagaimana cara pajakan emas. Hari ini kita kongsikan cara pajak emas public gold.

Pajak emas maksud kita dapat pinjaman bercagarkan emas. Kalau kita nak pakai duit, bagi penyimpan emas, kita boleh dapat duit on the spot dengan cara memajak atau menggadai emas.

cara pajak emas
Emas Public Gold

Cara Pajak Emas Public Gold

Untuk emas public gold, kita boleh pajak di Pos Ar Rahnu. Kita perlu bawa kad pengenalan dan emas itu sendiri. Bawa juga resit pembelian emas yang asal.

Di sana kita akan isi sedikit form atau borang untuk mengesahkan background kita dan terus kita akan mendapat pinjaman.

Berapa banyak pinjaman kita dapat ?

Ar Rahnu akan bagi pinjaman dalam 65% – 75%. Setiap Ar rahnu polisi nya berbeza beza. Pos Ar Rahnu biasanya memberikan 75%. Kita juga perlu tahu harga emas. Peratus tadi bergantung kepada harga emas semasa.

Contohnya hari ini pos Ar Rahnu bagi 75%, ianya merupakan 75% daripada harga semasa yang ditetapkan.

Ada juga Ar Rahnu lain seperti Ar Rahnu bank rakyat, dia memberi pinjaman 65%, tetapi harga semasa nya adalah lebih tinggi. Harganya merupakan harga sebagaimana kedai emas. Jadi ini perkara yang kita kena tahu untuk pajak emas.

Tempoh pajakan yang dibenarkan oleh Pos Ar Rahnu adalah tempoh 6 bulan + 6 bulan. Ada Ar-Rahnu juga yang polisi nya 6 bulan + 3 bulan + 3 bulan. Dan perkara atau polisi ini sentiasa berubah ubah.

cara pajak emas
sumber : zulkifli shafei

Ar Rahnu juga mempunyai limit berat emas yang boleh dijadikan pajakan. Kalau di Pos Ar Rahnu, minimum 1g pun diterima. Untuk limit, ada Ar Rahnu yang terima pajakan maksimum 100g per item.

Kesimpulannya untuk memajak emas tidak lah susah. Namun untuk benar benar memahami prosesnya, kita boleh cuba lalui sendiri dengan memajak emas sendiri.

Sumber artikel dari Zulkifli Shafei

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Baca : Khasiat habbatus sauda sebagai antibacteria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *