perseus

Perseus merupakan jailbreak tweak terbaru yang berada di dalam komuniti bagi memudahkan pengguna untuk unlock iPhone ketika memakai pelitup muka.

Tweak ini hampir sama fungsinya dengan ciri yang terbaru pada iOS 14.5, iaitu pengguna boleh unlock peranti mereka ketika memakai pelitup muka dengan bantuan Apple Watch.

perseus

Sumber

Perseus Repo

Anda boleh muat turun tweak ini dengan install source repo https://udevsharold.github.io/repo/.

perseus

Peranti yang menyokong tweak ini ialah iPhone X, iPhone Xr, iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max, iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro, dan juga iPhone 12 Pro Max. Peranti anda perlulah berada di versi iOS 13 hingga 14.3.

Anda juga perlu mempunyai Apple Watch dan WatchOs 6+.

Perseus

Cara menggunakan tweak ini amat mudah, anda perlu setkan terlebih dahulu passcode pada Apple Watch anda. Ketika peranti anda detect pada kali pertama anda memakai pelitup muka, anda perlu memasukkan pascode. Untuk kitaran seterusnya, tweak ini akan menjalankan tugasnya dan anda boleh unlock peranti tanpa memasukkan passcode.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *