857f

Ramai yang sangkut PTPTN yang menyebabkan rekod CCRIS menjadi tidak cantik. Apabila rekod CCRIS tak cantik akan memberi kesan semasa membuat pinjaman dari bank, tidak boleh keluar negara, dan nama disenarai hitam.

Dalam artikel ini kongsikan cara mudah bayar PTPTN
  1. Bertukar Ke Skim Ujrah

Sekiranya anda tidak mampu untuk membayar PTPTN sekaligus atau dalam tempoh yang singkat, adalah lebih baik untuk anda bertukar dari skim pembayaran balik PTPTN kepada skim Ujrah.

44269412 1933794623374683 485762265761447936 o

Skim ini diperkenalkan untuk menggalakkan peminjam menyelesaikan pinjaman pada yuran yang lebih rendah.

Skim konvensional meletakkan caj yuran pentadbiran pada kadar 3% hingga 5% setahun pada baki yang berkurang manakala skim Ujrah meletakkan caj 1% setahun.

Menurut laman web PTPTN, jumlah penjimatan boleh mencecah 47%-49% sekiranya anda bertukar kepada skim Ujrah. Peminjam yang memilih skim Ujrah juga menerima manfaat dalam menstrukturkan dan menjadualkan semula pembayaran mereka. Kelebihan ini tidak diperoleh oleh peminjam konvensional.

2. Bayar Guna Akaun 2 KWSP

Menyelesaikan hutang PTPTN dengan menggunakan simpanan KWSP. Skim persaraan ini membenarkan anda untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan anda untuk sebab-sebab tertentu.

Cara Mudah Bayar PTPTN

Namun boleh menggunakan cara ini sebagai pilihan terakhir setelah anda telah menggunakan pelbagai cara lain untuk menyelesaikan pinjaman pendidikan anda.

Simpanan persaraan sangat penting untuk hari-hari persaraan anda justeru anda sepatutnya menyimpan dengan lebih banyak, bukan gunakannya.

Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Sumber: Majalahlabur.com

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *