odyssey jailbreak

Odyssey Jailbreak ialah open-source tool untuk install Cydia atau Sileo pada peranti A9 hingga A13 yang menggunakan iOS 13 hingga 13.7, ini termasuk iPhone dan juga iPad. Tool ini hampir keseluruhannya ditulis di dalam Swift, ini bermaksud tool ini sangat compatible dan laju jika kita bandingkan dengan tool yang lain seperti unc0ver untuk peranti yang menggunakan iOS 13. Odyssey juga mempunyai fungsi rootfs, di mana ia memudahkan anda untuk kembalikan semula peranti anda ke ‘stock’.

Jadi Bagaimana Cara Untuk Install Odyssey Jailbreak?

Ada pelbagai cara untuk install Odyssey Jailbreak ke dalam peranti anda. Apabila kita ingin install aplikasi bukan dari App Store, kita akan menghadapi kesukaran pada bahagian certificate. Ada beberapa servis yang disediakan oleh website – website lain seperti, TutuApp, Tweakbox dan sebagainya. Kita boleh download Odyssey Jailbreak dari servis tersebut, namun certificate yang di install ke dalam peranti kita adalah certificate dari syarikat asing dan kebiasaannya certificate yang disediakan oleh servis tersebut akan revoke dari masa ke semasa. Jadi anda tidak dapat untuk membukan aplikasi Odyssey untuk jailbreak peranti anda.

Alt Store

Alt Store adalah sebuah aplikasi yang berfungsi untuk signing certificate pada sesebuah aplikasi yang bukan dari App Store. Cara installation Alt Store adalah sangat mudah, anda boleh muat turun dan ikuti tutorial di sini. Kelebihan Alt Store ialah aplikasi yang di sign certificate menggunakan apple id anda, jadi anda tidak perlu risau tentang isu keselamatan. Kebiasaanya untuk apple id akaun yang biasa, tempoh luput certificate adalah selama seminggu. Selepas itu, anda perlu refresh semula di dalam aplikasi Alt Store semula untuk dapatkan sign certificate yang baru. Pada permulaan, anda perlukan komputer untuk melakukan proses ini. Selepas peranti anda selesai di jailbreak, anda boleh download tweak AltDaemon di dalam Sileo dan anda tidak perlu lagi menggunakan komputer.

alt store
alt store

Odyssey Jailbreak

Setelah anda install Alt Store, anda boleh ke website ini untuk muat turun Odyssey Jailbreak. Klik pada Install via AltStore seperti screenshot di bawah, kemudian ia akan membuka sendiri aplikasi Alt Store dan terus muat turun Odyssey Jailbreak. Tempoh untuk muat turun tidak terlalu lama, ia bergantung kepada kelajuaan internet anda. Kebiasaanya kurang dari 5 minit sahaja.

odyssey
IMG 8688
IMG 8689

Setelah selesai muat turun, anda akan dapati bahawa tool Odyssey Jailbreak sudah berada di homescreen anda. Anda hanya perlu buka aplikasi tersebut dan klik jailbreak. Seterusnya anda perlu ikuti step yang dikeluarkan oleh tool tersebut. Anda disarankan untuk enable ‘Show Log Window’ untuk lihat aktiviti yang sedang dijalankan. Proses pertama kali jailbreak akan mengambil masa sedikit.

alt store
odyssey jailbreak

Setelah selesai, peranti anda reboot secara sendiri dan aplikasi Sileo anda berada di homescreen anda. Ini bermaksud peranti anda sudah berjaya di jailbreak!

sileo

Setelah itu, anda boleh download tweaks yang anda minat di dalam aplkasi Sileo. Tak tahu nak muat turun tweak apa? Nantikan artikel kami seterusnya.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *