agen property jual beli hartanah

Hartanah ni akan sentiasa ada permintaan dekat Malaysia. Jika anda tengah pertimbang untuk ceburi kerjaya ejen hartanah eloklah baca perkongsian ni. Supaya anda lebih bersedia menghadapi cabaran dalam kerjaya ini.

Cabaran Menjadi Ejen Hartanah
  • REJECTION
Cabaran Menjadi Ejen Hartanah

Bukan semuanya indah. Dalam kerjaya ejen hartanah ni anda kena kuat. Akan ada banyak rejection daripada klien dan juga pemilik. Rejection ni pula boleh jadi dalam macam-macam cara:

  • Klien view rumah tak jadi beli
  • Klien window shopping
  • Klien book rumah, tapi pinjaman tak lulus
  • Klien book rumah, tapi pemilik naikkan harga
  • Klien book rumah, pemilik tak jadi jual

Bila terjadi rejection macam ni pasti akan ganggu momentum untuk perunding hartanah baru. Tapi anda kena positif. Mesti kata ‘Next!’ dan teruskan usaha.

  • ADA NAIK TURUN
5963683 medium

Macam apa jua bisnes, kerjaya ejen hartanah ni ada naik turunnya. Ada bulan, jualan anda adalah sangat baik, mungkin jual 6 unit. Ada bulan yang biasa, jual 3 unit sahaja. Ada bulan mungkin tiada jualan langsung.

Bila baru bermula lagi la. Tiada jualan tu merupakan satu bebanan yang besar. Semua orang pernah lalu situasi yang sama.

Yang penting dalam kerjaya ni anda kena perisaikan diri anda dari kata-kata monolog negatif terhadap diri sendiri. Mesti teruskan berusaha walaupun tiada jualan. Banyakkan bersabar. Kalau berusaha pasti akan buat jualan.

  • SUKAR NAK DAPATKAN SENARAI RUMAH UNTUK DIJUAL

Ni keluhan yang selalu daripada ejen hartanah baru. Jujurnya, senarai rumah (listing) ni senang je nak dapat. Tak susah. Tapi nak dapat listing yang berkualiti, yang boleh jual tu sedikit sukar untuk ejen hartanah baru.

Ada cara sebenarnya nak dapatkan listing berkualiti ni. Ini kena berguru dengan orang yang berpengalaman dalam bidang hartanah.

  • PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN
PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN ejen hartanah

Bila mula menjadi ejen hartanah, anda kena cepat-cepat lengkapkan diri dengan ilmu. Kalau tak, proses adaptasi ke dalam bidang ni akan jadi sukar. Nak jual rumah pertama anda akan jadi susah.

Anda mesti tahu ins & out jual beli rumah. Dari segi prosedur dan perangkap yang ada.

Selain tu, anda kena juga mahir dalam ilmu pemasaran. Macam mana dan di mana nak pasarkan rumah. Apa medium yang efektif untuk jenis rumah.

Ada juga ilmu yang anda belajar dari pengalaman. Contohnya tentang lokasi dan nilai pasaran rumah sesuatu kawasan.

Pengetahuan ni sukar nak dapat daripada pembacaan. Tapi bila anda fokus dalam bidang ni, ilmu ni anda akan pick-up dengan cepat.

Kesimpulannya, setiap bidang yang anda ceburi pastinya akan ada cabaran menanti, Jika anda terus kuat untuk Lawan dan terus berusaha dan Yakin Kejayaan dan Rezeki itu kita serahkan padaNya.

Anda Bukan Yang Pertama Untuk Berjaya Dalam Bidang Ini.
Ramai Testimoni Agent Hartanah Yang Sudah Menjana Pendapatan RM10k Sebulan.

InshaAllah! Man Jadda Wa Jadda

“Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil”

“Lagi Cepat Belajar, Lagi Cepat Buat Duit”

Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Sumber: rumahlot.com

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *