Ronaldo Bugatti 1
bugatti centodieci & CR

Cristiano Ronaldo Membeli sesuatu yang ‘Ultra-Rare’ 8 Juta Bugatti Centodieci, Hanya Ada 10 Model Di Dunia.

Untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-36, Cristiano Ronaldo baru saja membeli Bugatti Centodieci bernilai 8 juta € yang sangat hebat prestasinya, sebuah kereta yang dapat bergerak dari 0-100 km/jam dalam masa 2.4 saat.

Penyerang Juventus ini mempunyai koleksi kereta yang banyak dah hebat di rumahnya di Itali.
Ronaldo, pelanggan tetap kenderaan Bugatti, sebelum ini pernah membeli jenis Veyron, Chiron dan La Voiture Noire dengan yang terakhirnya bernilai $ 18 juta pada tahun lalu.

0ecc4e597e5f2caebdf6e73d9d1245a1
Ronaldo bersama dengan Keretanya, Bugatti Veyron.

Dia juga memiliki Ferrari F430, Phantom Rolls-Royce, Lamborghini Aventador dan Maserati GranCabrio yang ikonik.

Bentley Continental GTC adalah keindahan lain dalam koleksi Ronaldo dan McLaren Senna yang dibelinya dengan harga £750,000 yang dilaporkan pada bulan Julai, dan ianya merupakan salah satu pembelian terbarunya.

Cristiano Ronaldo Receives A Brand New Mercedes AMG G63 From Girlfriend Georgina Rodriguez Video
Hadiah daripada Georgina Rodriguez, Mercedes G Wagon.

Selain daripada itu, Georgina Rodriguez juga mengejutkannya dengan hadiah £600,000 Mercedes G Wagon untuk ulang tahunnya yang ke-35, tetapi Bugatti Centodieci boleh dikatakan mengalahkan koleksi kereta kereta semua yang dimilikinya.

Dipercayai hanya 10 unit Centodieci yang akan dihasilkan. Sebenarnya, kesemua 10 sudah terjual, menurut laporan, tetapi mereka harus menunggu hingga 2022 untuk mendapatkannya kerana Bugatti baru memulakan produksi beberapa minggu yang lalu.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *