emas

Sebelum nak beli emas dan simpan emas. Ketahui dulu tujuan kita beli emas untuk apa? Tujuan simpan akan mempengaruhi tempoh simpanan.

Setiap orang ada matlamat berbeza dalam pembelian emas ni. Jangan beli emas sebab trend sekarang orang beli emas. Jangan nanti kita akan rasa menyesal sebab rugi.

Simpan Emas Untuk Perlindungan Kewangan

Ada orang beli emas semata-mata untuk tukar nilai tunai yang dia ada kepada bentuk aset baru. Mereka letak dalam hartanah, emas dan saham.

Maka mereka simpan selamanya selagi tidak perlu guna mereka biarkan sebagai dana untuk masa depan.

Mereka takut duit ditelan inflasi maka mereka simpan emas untuk melindungi kekayaan mereka. Mereka tiada tempoh masa.

Emas Untuk Kahwin

Jika simpan emas untuk kahwin biasannya singkat. Gegadis tidak suka tunggu lama-lama.

Mereka nak kahwin cepat-cepat punya. Jadi belian emas hanya untuk dijadikan hantaran agar duit tak hilang dibelanja buat kenduri 7 dulang.

Emas Untuk Pendidikan Anak

Bila ada anak. Duit sumbangan orang ditukarkan kepada emas. Beli 1 dinar atau 5 dinar (RM5577) sebagai simpanan pendidikan.

Jika lagi 19 tahun anak akan belajar. Dengan angaran purata 10.5% setahun emas itu dijangka akan bernilai RM37,177 pada waktu itu.

Simpan Emas Untuk Persaraan

Katakan kita ada 20 tahun lagi untuk bersara. Kita sasarkan untuk ada sekilo emas (RM250,000). Maka rancang untuk simpan emas dari sekarang. Kita ada 240 bulan.

Jika kita simpan 1 dinar (4.25 gram) setiap bulan kita akan ada 4.25 gram x 240 = 1020 gram emas

Purata kenaikan harga emas bagi 19 tahun lepas adalah 10.5% setahun. Berapa nilainya pada tahun ke 20 nanti agaknya.

simpan emas

Simpan Emas untuk beli rumah

Jika kita susah menabung untuk beli rumah. Maka belajar buat simpanan emas.

Belajar himpun satu dinar satu bulan atau belajar beli 1 gram sebulan.

Katakan kita perlukan modal untuk beli rumah sekitar RM35,000 untuk kediaman harga RM280,000. Nilai emas bagi 30 dinar adalah RM33,426.

Jika kita himpun 1 dinar sebulan (RM1114) Kita perlukan sekitar 3 tahun menyimpan 36 bulan

Artikel Utama: Info

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *