Bayern Munich

Bayern Munich lebar jarak mata

Bayern Munich berjaya tumpaskan Hoffenheim di Allianz Arena dengan keputusan 4-1. Kedua-dua kelab bola sepak tersebut sebelum ini telah bertemu pada tahun 2020 ketika itu, Bayern Munich kalah di tangan Hoffenheim. Pertembungan mereka kali ini membolehkan Bayern Munich membalas kembali dengan kekalahan pada tahun lalu.

Pembukaan gol pertama oleh Jerome Boateng pada minit ke-32 melalui sepakan penjuru Joshua Kimmich. Disusuli juga gerakan cantik daripada Thomas Müller meledakan satu lagi goal buat pasukannya pada minit ke-44. Namun pada minit minit terakhir untuk separuh masa pertama, penyerang Hoffenheim Andre Kramaric meledakkan gol dibantu oleh rakan sepasukannya,Ihlas Bebou melalui sepakan ‘crossing’. Robert Lewandowski juga turut meledakkan gol pada minit ke-57 dengan bantuan Kingsley Coman. Ledakkan gol tersebut merupakan gol yang ke 24 pada musim ini dalam liga german. Penyudah gol kemenangan di lakukan oleh Serge Gnabry pada minit ke 63. Kemenangan tersebut meletakkan Bayern di kedudukan teratas dan membolehkan rasa sedikit selesa untuk mempertahankan kedudukan.

Bayern Munich
Robert Lewandowski bersorak selepas berjaya meledakkan golnya yang ke 24 dalam liga bundesliga.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *