Battery Car Key

Selalu perkara tak diingini macam ni berlaku time kita diluar kawasan. Nak start kereta, tekan tekan kunci tak berbunyi. Ah sudah! Apa masalahnya ni?!

Cek punya cek, laa battery Car Key kita dah habis. Memanglah tak boleh nak bukak kunci. Tapi macam mana nak menghadapi situasi ini?

Jom kita baca tips dan trick untuk menghadapi situasi sebegini.

Battery Car Key

Tips untuk membuka pintu anda

Kebiasaan kunci kereta terkini yang menyokong Push Start Button akan ada features dimana ia akan menyimpan spare key di dalam Keyless Car key tersebut. Caranya adalah, anda cari satu butang di sebelah keyless car key anda dan tekan butang berkenaan. Ia akan mengeluarkan satu kunci dimana dengan kunci tersebut anda boleh membuka pintu kenderaan anda. Magic bukan? Haa.

Ia akan mengeluarkan sebuah kunci seperti yang ditunjukkan di bawah.

ix35 unlock blade 2 min 1 edited 1

Bagaimana nak start kalau battery car key habis ?

Haaa ini pun jadi satu masalah bila situasi macam ni. Kita dah berjaya bukak kereta kita, tapi masalahnya Push Start Button car ni mana ada tempat nak slot kunci. Jadi bagaimana nak start enjin kereta?

Cara dia adalah:

  1. Letak kaki anda di tombol brek anda dan tekan brek anda
  2. Letakkan kunci anda yang kehabisan battery tersebut dan letakkan hujung kunci anda pada push start button anda dan perhatikan indicator lampu pada push start button anda menyalakan warna hijau.
  3. Tekan kunci kereta anda pada push start button anda sehingga kereta dihidupkan

Semoga para pembaca yang membaca perkongsian harini dapat manfaat untuk menghadapi situasi sebegini. Semoga Allah redha!

Sumber: Facebook

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *