kuantan
Bandaraya Kuantan, Bandaraya indah lestari

Bandaraya Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke 19 adalah bermula sebagai penempatan. Sistem berkerajaan tempatan mula dilaksanakan di Kuantan pada 1 Ogos 1913 dengan penubuhan Kuantan Sanitary Board yang bertanggungjawab terhadap kawalan kebersihan, kesihatan dan kawalan pembangunan. Pada tahun 1937, Kuantan Sanitary Board telah digantikan dengan Lembaga Bandaran Kuantan (Kuantan Town Board). Setelah hampir 16 tahun berada di bawah sistem ini, Lembaga Bandaran Kuantan telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaran Kuantan (Kuantan Town Council) dengan kawasan pentadbiran seluas 16 km persegi sahaja iaitu tertumpu kepada Mukim Kuala Kuantan.

Pada 1 September 1979 sekali lagi, Majlis Bandaran Kuantan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kuantan (Kuantan Municipal Council) berasaskan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) yang kekal sehingga 20 Februari 2021. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan telah diperkembangkan kepada 324 km persegi yang meliputi empat mukim iaitu Kuala Kuantan, Ulu Kuantan, Beserah dan Sungai Karang. Kawasan ini merupakan 10% daripada keluasan keseluruhan bandar Kuantan. Daripada keluasan tersebut, 20% merupakan kawasan bercukai yang diberikan perkhidmatan perbandaran manakala bakinya merupakan kawasan pembangunan.

Kuantan terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia di antara garis lintang 3° 49′ 0″ di utara dan garis bujur 102° 20′ 0″ di timur. Di bahagian timur ialah Laut Cina Selatan dengan panjang kawasan pantai 56 km (35 batu). Di sebelah barat ialah Daerah Maran dan Jerantut, di utara ialah Negeri Terengganu dan di selatan ialah Daerah Pekan.

bandaraya kuantan
Masjid Bandaraya Kuantan
Pemasyuran Kuantan sebagai Bandaraya Kuantan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Kuantan, ibu negeri Pahang sebagai bandar raya dalam majlis bersejarah pada 21/02/2021.

Titah baginda, selepas hampir 40 tahun menjadi sebuah Majlis Perbandaran, Kuantan terus mengorak langkah dan kini mencipta satu lagi sejarah apabila dimasyhurkan sebagai sebuah bandaraya.

“Pemasyhuran Bandaraya Kuantan bukan sekadar pada nama. Dalam meniti hari-hari mendatang, kerajaan negeri Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan hendaklah sentiasa menumpukan usaha dalam meningkatkan perkhidmatan dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Marilah kita sama-sama berdoa pada hari yang penuh bersejarah ini semoga Bandaraya Kuantan menjadi sebuah bandaraya yang unggul dan sentiasa di bawah peelindungan ALLAH SWT.

Titah Baginda

Seri Padukan Baginda bertitah demikian pada titah ucapan diraja selepas perkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan dan Perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan di sini pada Ahad lalu.

Bandaraya Kuantan

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Pemangku Raja Pahang dan Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah serta barisan pentadbiran negeri Pahang.

Dalam titah diraja, baginda turut mengistiharkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menjadi Majlis Bandaraya Kuantan mulai Ahad, 21 Februari 2021. Serentak itu, baginda perkenan melantik Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan yang pertama.

bandaraya kuantan

Kuantan diisytiharkan sebagai ibu negeri pada 27 Ogos 1955.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang dalam ucapannya menyifatkan keberangkatan Seri Paduka Baginda ke majlis itu telah mengimbau sejarah perubahan status daerah Kuantan kerana mengulangi peristiwa lebih 40 tahun lalu, iaitu semasa Kuantan di upgrade dari bandaran kepada majlis perbandaran pada 1 September 1979.

Ketika itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah yang masih bujang, usia baharu mencecah 20 tahun berangkat sebagai Pemangku Raja Pahang dalam pakaian sut berwarna biru muda menyempurnakan pelancaran majlis tersebut dan hari ini, selepas lebih empat dekad, sekali lagi Seri Paduka berkenan menyempurnakan pemasyhuran Kuantan sebagai bandaraya. Ini merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan buat semua warga Kuantan khususnya.

Patik juga menjunjung kasih kepada sumbangan besar Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang semasa hayat baginda, dari semasa ke semasa, memandu sendiri kenderaan sambil meninjau keadaan dan kemajuannya.

Kejayaan Kuantan hari ini, juga banyak terhutang kepada pemerintahan dan pentadbiran yang lepas.

Menteri Besar Pahang

Wan Rosdy juga menyatakan kesediaan beliau bersama jentera pentadbiran negeri untuk berusaha sebaiknya dalam menjunjung titah Seri Paduka Baginda berhubung hasrat melihat Kuantan mencapai lebih banyak kejayaan untuk masa yang akan datang.

Sementara itu, Datuk Hamdan Hussin yang bergelar YDP MPK sejak dari 19 Jun 2019 dalam sumpah jawatannya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab sebagai Datuk Bandar dengan penuh berintegriti, jujur dan amanah serta mengharamkan rasuah bagi dirinya selain akan mendedahkan mereka yang mengamalkan rasuah.

Sumber

  1. Majlis Bandaraya Kuantan
  2. Sinar Harian
  3. Mymetro

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Lagi artikel menarik:

  1. Nicol David Win The World Greatest Athlete of All Time With 318,943 Votes
  2. Extraordinary Story of Anak-anak Sidek, 5 Lagenda Badminton Malaysia
  3. Harga Emas Dijangka Naik RM500/g Tahun 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *