bekam 696x457 1

Betul ke kenyataan di atas?


Pasti ramai yang risau berbekam waktu puasa akan melemahkan dan bahaya untuk badan.


Dari 275 hadis yang ditemukan berkaitan bekam, 65 daripanya adalah hadis yang berbicara tentang bekam orang yang berpuasa. Antara hadisnya adalah Sahih Bukhari (1803) & Sunan Abu Daud (2028)


Telah menceritakan kepada kami Abu Ma’mar telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Warits telah menceritakan kepada kami Ayyub dari ‘Ikrimah dari Ibnu ‘Abbas radliallahu ‘anhuma bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berbekam ketika sedang berpuasa.


Satu athar sahabat menyebutkan:


Pembekaman yang dilakukan ketika perut kosong,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan.


Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan.


Teknik dan cara pembekaman yang tepat diperlukan untuk kesan kesembuhan terbaik dan mengelakkan kemudaratan.

Bekam

Artikel Utama: Info

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *