https blogs images.forbes.com alejandrocremades files 2018 12 business 3605367 1920 1200x741 1

Perlu ada satu pemikiran yang buat bisnes bukan untuk buat duit geli-geli je. Tapi mulakan berbisnes dengan bermisi.

Daftarkan peniagaan ke SSM. Musim Covid ni, daftar online saja, lebih mudah. Boleh rujuk website ezbiz SSM

Buka akaun semasa syarikat ke mana-mana bank pilihan anda. Mungkin Maybank, CIMB, RHB, Bank Rakyat, Bank Islam atau mana-mana lah..

Apa yang diperlukan adalah :
i. Ambil borang dahulu di bank
ii.Sediakan sedikit wang deposit (nilainya bergantung pada bank)
iii. Cari pencadang (introducer) yang dah ada akaun semasa dari bank yang sama
vi. Sediakan cop rasmi yang ada nombor SSM syarikat.

Bisnes dari rumah lebih mudah tetapi perlu serius
Bagaimana Bisnes dari Rumah Boleh Bina Aset Peribadi
Bisnes dari rumah mudah tetapi perlu serius

Daftar akaun hasil untuk isytihar tax. Ingat, perlu datang ke kaunter LHDN dulu bersama my kad untuk dapatkan nombor pin dahulu. Selepas tu baru boleh masuk ke akaun online ez hasil untuk proses isytihar cukai (tax), selepas setahun berniaga.

Simpan rekod transaksi bisnes. Download saja dari laman web bank anda. Untuk apa? Ahh nanti saya terangkan pada point ke 8.

Mula merekod setiap duit keluar masuk. Ini wajib ! Supaya anda boleh kawal aliran duit keluar masuk bisnes, dan supaya bisnes boleh berkembang.

Selepas setahun, serahkan penyata bank setahun kita kepada mana-mana ajen tax. Mereka akan buatkan laporan penyata untung rugi (profit and loss) dan lain-lain dokumen yang diperlukan untuk masuk kedalam akaun ez hasil yang anda buat pada step ke 4.

Ingat.. Jaga akaun, duit keluar masuk dengan baik. Bagi gaji untuk diri sendiri supaya anda TAK ‘CURI’ duit bisnes sendiri.

Akaun yang cantik akan memudahkan kita buat pinjaman bank untuk beli aset. Aset tu nanti kita boleh sewakan dan bina lagi banyak pendapatan melalui aset-aset yang lain.

Best sangat kan? Ingat, walau berbisnes dari rumah. Kita dah perlu mula pasang impian besar. Dan paling WAJIB adalah kita jaga profile kewangan bisnes kita.

Apapun untuk berjaya dalam bisnes, wajib ada ILMU. Dengan ilmu langkah kita akan lebih tersusun. Belajarlah dari mereka yang berpengalaman juga. Bisnes dari rumah ternyata banyak kelebihan tetapi ramai yang tidak perasaan akan perkara ini.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Artikel Utama: Info

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *