azmin tinggal PKR

Hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim merupakan salah satu sebab Azmin Ali membuat keputusan meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu pada awal penggal tahun 2020. Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Gombak itu dalam pernyataan pembelaan berhubung saman yang difailkan 10 pengundi Gombak terhadapnya.

Tambahnya lagi, ‘amalan seksual yang tidak bermoral’ dilakukan Anwar adalah salah satu punca mengapa beliau hilang kepercayaan terhadap bekas Menteri Kewangan itu. Azmin mengatakan bahawa Anwar tidak layak dan sesuai untuk menjadi pemimpin apatah lagi menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia.

51563517017 Azminanwar
Anwar dan Azmin pernah menjadi “rakan baik” dalam kancah politik suatu ketika dahulu

Dakwaan ini disokong oleh beberapa dakwaan kukuh berhubung hubungan seksual Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang tidak bermoral sebagai seorang beragama Islam, khususnya semenjak Anwar kembali menjadi presiden PKR dan telah bebas untuk bergerak,” katanya.

Azmin merujuk dua kes membabitkan tuduhan dibuat oleh Mohammed Yusoff Rawther dan Aidil Azim Abu Adam mengenai serangan seksual yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Walaubagaimanapun, Anwar menafikan tuduhan tersebut.

The Ultimate Blackmail — Cosmos
Video kontroversi yang dikatakan mirip wajah Azmin Ali

Selain daripada itu, Azmin Ali juga tidak terkecuali terpalit dengan kontroversi mengenainya apabila muncul satu video seks yang memaparkan individu yang memiliki wajah mirip dengannya pada tahun 2019. Namun Azmin Ali berkeras menafikan tuduhan yang tidak berasas dan menyatakan bahawa itu adalah cubaan untuk menjatuhkan karier politiknya dalam PKR.

Azmin dalam pernyataan pembelaannya juga berkata dia meragui status pengampunan penuh yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap Anwar.

Sebelum itu, Anwar dipenjarakan pada tahun 2015 atas dakwaan meliwat bekas pembantunya tetapi diberi pengampunan oleh YDPA pada ketika itu selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum 2018.

Azmin yang juga menteri perdagangan, antarabangsa dan industri juga menafikan dakwaan bahawa dia gagal menunaikan janji pilihan raya terhadap pengundi di kawasan Gombak.Bagaimanapun Azmin berkata dia masih komited untuk memerangi dan menghapuskan rasuah meskipun tidak bersama PKR dan telah menyertai Bersatu.

Azmin juga menafikan bahawa dia bertanggungjawab atas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari tahun lalu.Sebaliknya, katanya, kerajaan PH tumbang disebabkan peletakan jawatan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Pada Februari tahun lalu, presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk mengeluarkan Bersatu daripada Pakatan Harapan. Diharapkan pihak kerajaan mengambil serius kepada ancaman siber ini agar segala data terselamat dari aktiviti ini.

InsyAllah! Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Sumber:

  1. MalaysiaKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *