puasa

Puasa merupakah salah satu amalan yang dilakukan oleh umat islam. Secara ringkasnya adalah menahan lapar dan dahaga dari waktu subuh sehigga waktu maghrib. Ada pebagai jenis puasa yang kita ketahui, tapi pernahkah anda tahu tentang Puasa Hari Putih?

Puasa Hari Putih

Apa yang dimaksudkan dengan hari putih ni?

puasa

Sumber

Hari putih juga dikenali sebagai Ayyamul Bidh atau hari pada pertengahan bulan islam iaitu pada 13, 14, dan 15 haribulan. Ia dipanggil hari putih kerana pada malam pertengahan bulan tersebut, bulan berada dalam keadaan penuh (purnama) dan bersinar berwarna putih. Sewaktu kita berada pada tarikh ini, kita disunatkan untuk melakukan amal ibadah tersebut sebagai tambahan kepada amal ibadah kita yang lain.

Hadis

Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).

— HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2425. Abu ‘Isa Tirmidzi mengatakan bahawa hadis Hasan

Rasulullah SAW selalu memerintahkan kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh yaitu 13hb, 14hb dan 15hb (dari bulan Hijriyah).” Dan baginda bersabda, “Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.
Hadis Sahih riwayat Abu Daud no. 2449 dan An Nasai no. 2434

puasa hari putih

Namun melakukan amalan ini pada hari putih dikecualikan pada 13 Dzulhijjah kerana hari tersebut adalah sebahagian dari hari Tasyriq. Maka melakukan amalan ini pada hari tersebut adalah diharamkan. Oleh itu boleh digantikan pada 16 Dzulhijjah.

puasa

Sumber
Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *