Capture

Perunding hartanah ialah seorang ahli profesional yang berkelayakan untuk bekerja dalam industri hartanah dengan akreditasi berkenaan yang diperlukan.

Mereka mesti melebihi umur 18 tahun, dan mesti didaftarkan di bawah mana-mana satu firma hartanah yang berdaftar, sebagai pekerja sepenuh masa atau part time

Seorang perunding hartanah (REN) hanya boleh bekerja dengan satu firma hartanah sahaja (satu agency hartanah)

Para REN memperolehi akreditasi mereka dengan menyertai kursus dua hari yang dikenali sebagai ‘Sijil Perunding Hartanah’ (Negotiators’ Certificate).

Apakah Itu Perunding Hartanah

Proses in melibatkan program dua hari yang dikenali sebagai ‘Sijil Kursus Perunding Hartanah’ (Negotiators’ Certification Course), di mana anda akan diajar:

  • Dasar-dasar industri hartanah
  • Undang-undang berkenaan
  • Amalan terbaik
  • Piawai kerja yang merupakan permintaan minimum kerja dalam industri

Selepas berjaya menghabiskan kursus itu, peserta-peserta akan menerima satu sijil penghadiran.

Negotiators' Certification

Setelah firma hartanah dibekalkan dengan bukti penghabisan kursus peserta itu, firma itu boleh menghantarkan permohonan kepada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH) untuk mendaftarkan mereka sebagai perunding hartanah (REN).

Seorang perunding hartanah (REN) tidak boleh menubuhkan agensi sendiri, dan mesti pada setiap masa, dikaitkan dengan mana-mana satu firma hartanah berdaftar untuk menjalankan kerja dalam industri.

LPPEH REN

Di bawah Seksyen 30 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 [Akta 242], sesiapa yang didapati bersalah dalam melakukan kesalahan kerana menjalankan tanggungjawab seorang ejen hartanah secara haram, boleh dikenakan denda maksimum RM300,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya!

Anda berminat nak ceburi bidang hartanah, mudah saja

Menghadiri kursus. Mendapatkan tag. Mendapatkan coaching asas. Mudah kan? Sekarang anda cuma perlu mencari listing rumah untuk dijual dan melancarkan urusan jualan anda!

Apakah Itu Perunding Hartanah
Anda sudah sedia menjadi Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator)?

Boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Sumber: rumahlot.com

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *