Pengurusan

Pengurusan J&T ni kenapa?

Baru baru ini kecoh dengan video video yang tular di media sosial Twitter memaparkan ketidak sopanan pekerja pekerja J&T membaling dan merosakkan parcel parcel tanda mogok dan protes kepada pengurusan J&T.

Hal ini mencetuskan rasa bimbang dikalangan peniaga peniaga online tempatan yang menggunakan khidmat J&T sebagai satu platform courier penghantaran kepada pelanggan.

Ternyata tindakan ini amatlah tidak bermoral walaupun berniat protes kerana ia melibatkan harga barangan di dalam parcel berjumlah ribuan ringgit.

Dimaklumkan bahawa pekerja J&T menunjukkan protes mereka disebabkan oleh pemotongan komisyen yang digubal oleh pihak pengurusan J&T yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada sejumlah pekerja syarikat berkenaan.

Pelbagai reaksi dari pihak netizen yang mengecam dan mengutuk perbuatan pekerja J&T tersebut.

https://twitter.com/sndkfm_/status/1358065057406459905

Ada juga dikalangan netizen yang berkongsi pengalaman menguruskan isu parcel yang dikoyakkan dan barang yang hilang setelah sampai pada pelanggan yang ditetapkan.

Ni kes barang kena rembat, makan bulan jugak la nak dapatkan balik, nasib baik la supervisor kat branch aku hantaq tu responsible gila. Urus sampai dapat balik and deliver semula ke buyer, tapi 3 bulan mcmtu kot baru setel.

Syarikat Courier J&T mendapat nama di dalam Malaysia disebabkan oleh penghantarannya yang cepat dan pantas. Ini membuatkan syarikat ini sentiasa mendapat pilihan dihati masyarakat Malaysia.

Walaubagaimanapun, lantaran permintaan yang tinggi, tiada sebab untuk syarikat berkenaan untuk membuat pengurangan komisyen kepada pekerja-pekerja mereka yang bertungkus lumus memproses barangan.

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin dipihak pengurusan J&T dan pekerja mereka.

Sumber: The Vocket

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *