bangun pagi dan kejayaan

Apakah hubung kait bangun pagi dan kejayaan ? Orang berjaya kebanyakannya semua mereka bangun awal pagi hari.

Adakah benar kita perlu bangun pagi hari untuk berjaya ? Adakah ini tepat ? Bagi saya ya benar. Kalau kita lihat kepada orang-orang yang bangun lewat pagi, kehidupan mereka tidak secemerlang orang yang bangun pagi.

Biasanya orang yang bangun lewat, bukan mereka mendapat lebih tidur, bahkan mereka menjadi lebih letih dan mengantuk apabila bangun. Mereka kurang segar berbanding mereka yang tidur awal dan bangun awal.

Hal ini kerana waktu jam tidur yang berkualiti itu lebih penting dan daripada jumlah tidur itu. Bangun pagi dan kejayaan itu sendiri mempunyai hubung kait dengan kualiti tidur.

Bangun Pagi dan Kejayaan

Cubalah anda tidur antara jam 9-12 malam. Di kala ini kualiti tidur sejam sama dengan 3 jam tidur. Jika anda tidur pukul 10 malam, anda sudah boleh bangun pukul 1 atau 2 pagi dengan segar dan boleh buat aktiviti yang anda inginkan yang menyebabkan anda tidur lewat selama ini.

bangun pagi dan kejayaan
Sumber gambar : infokinidotmy

Anda mempunyai lebih masa untuk membaca, beribadat dan melakukan aktiviti dikala orang lain sedang tidur kerana anda telah memiliki tidur yang cukup.

Buat permulaan mungkin tubuh anda tidak biasa, namun setelah dilatih badan anda akan beradaptasi dengan waktu tidur yang baru dan lebih baik.

Persediaan Sebelum Tidur

Antara yang boleh diperhatikan ialah, masuk tidur seawal 9-12 malam. Pukul 10 malam atau 10.30 sudah cukup baik buat permulaan. Pasang niat untuk bangun pada 2 atau 3 pagi. Anda tidak perlu risau bahkan yakinkan diri anda bahawa anda sudah punyai waktu tidur yang cukup dan berkualiti antara pukul 9 hingga 12 tadi.

Boleh amalkan wudhu, minum air suam, baca doa, serta senaman pernafasan sebelum tidur supaya menguatkan lagi keazaman untuk bangun pagi.

Bangun pagi dan kejayaan sememangnya penting kerana ianya menunjukkan kita mempunyai tidur yang cukup untuk membolehkan otak kita bekerja. Jika anda bangun pagi, anda akan lebih tenang emosinya dan kehidupan anda akan lebih teratur.

Jika anda belum yakin, hubungan bangun pagi dan kejayaan, cuba anda rasai sendiri prestasi anda sama ada dalam pelajaran, rumah tangga, atau tempat kerja jika anda selalu bangun lambat dan tidak teratur tidurnya.

PS : Kalau aku kaya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *