Anonymous Malaysia

Anonymous Malaysia melalui Facebook page mereka telah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia yang didakwa gagal meningkatkan tahap keselamatan siber negara.

“Anonymous Malaysia” kerah kerajaan untuk tingkat tahap keselamatan, jika tidak….

Anonymous Malaysia

Menerusi suntingan video yang dikeluarkan pada 25 Januari 2021 jam 7.00 malam di akaun page Facebook mereka, kumpulan hackers ini menyifatkan level cyber security di Malaysia berada di tahap rendah selain berisiko untuk berlakunya kebocoran data.

Video yang berdurasi lebih kurang dua minit lebih itu kini mendapat lebih 2000 perkongsian dan turut mengajak penonton untuk throwback kembali kejadian kecurian/kebocoran data syarikat telekomunikasi pada tahun 2017 yang melibatkan sebanyak 46 juta nombor telefon bimbit pengguna di Malaysia.

Sumber: Anonymous Malaysia

Hello, Malaysian.

This is a wake-up call for the government of Malaysia.

It’s have been a long time that we are silent, It’s time open your eyes.

Be prepared.

We are legion, We do not Forgive, We do not Forget, Expect US!

#OpsWakeUp21

Ciapan melalui akaun page Facebook kumpulan hackers berkenaan
Anonymous Malaysia

Belum sejuk kes penggodaman sistem dari negara sebelah yang mengganggu beberapa website dari Malaysia baru-baru ini selain aktiviti haram yang dilakukan individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab juga melibatkan portal Angkatan Tentera Malaysia sebagai penanda aras kepada tuduhan mereka ini. Oleh kerana itu, Anonymous Malaysia telah menyatakan kesalahan kerajaan yang didakwa tidak menyokong para pembangun teknologi maklumat.

Melalui video tersebut juga, mereka mengatakan aktiviti pembangunan sistem yang dilakukan tidak membuat pemilikan atas kod yang dibina selain sistem yang dibina tidak memiliki nafsu bagi menambah baik sistem security sedia ada dan kekal selesa dengan tahap keselamatan yang ada tatkala hackers diluar sana berlumba menyediakan formula mujarab untuk sentiasa berada dihadapan dalam usaha menggodam sistem yang ada.

Anonymous Malaysia

Kali terakhir kumpulan berkenaan muncul adalah pada tahun 2015 bagi menyatakan sokongan kepada gerakan Bersih 4.0 dan mengancam untuk melancarkan serangan siber kepada kerajaan sekiranya Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meletakkan jawatan.

Sumber:

  1. Awani
  2. Facebook

Diharapkan pihak kerajaan mengambil serius kepada ancaman siber ini agar segala data terselamat dari aktiviti ini. InsyAllah! Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *