rogol
rogol

Pada tahun 2008, seorang pelajar perempuan yang baru berusia 8 tahun dipukul dan dirogol oleh suspek yang sedang mabuk. Kejadian beralku di sebuah tandas awam setelah mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat waktu persekolahannya.

Kesannya, si mangsa menjadi sangat trauma apabila berdepan dengan mana-mana lelaki walaupun Bapanya sendiri. Si mangsa mengambil beberapa masa beberapa bulan untuk pulih dari trauma.

Kes ini menjadi kecoh apabila suspek hanya dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun sahaja hanya kerana suspek melakukan jenayah tersebut dalam ketika beliau sedang mabuk dan tidak sedarkan diri.

Pada tanggal 12.12.2020, akhirnya Perogol yang dikenali sebagai Choo Doo Son telah dibebaskan apabila selesai menjalani hukuman penjara selama 12 tahun sejak tahun 2008.

img 2405 1
Rakyat Protes tanda kebimbangan

Orang awam telah mengadakan satu protes sebagai tanda kebimbangan keselamatan penduduk terutama si mangsa dan menuntut perogol ini dikenakan hukuman yang lebih berat.

img 2407
CCTV dipasang di kawasan perumahan Choo Doon Soon

Oleh itu, Polis telah mengambil langkah dengan mengawal ketat kawasan perumahan yang didiami perogol terbabit. Bagi memantau pergerakan, Polis telah mengambil langkah dengan memasang CCTV di kawasan rumahnya.

Tidak cukup dengan itu, pihak polis juga telah menempatkan beberapa pegawai polis yang mahir dengan martial arts di kawasan rumah si perogol. Selain daripada itu, Choo Doon Soon wajib memakai peralatan elektronik (GPS) selama tujuh tahun bermula daripada tarikh beliau dibebaskan.

img 2409

Disebabkan kes ini, Korea telah mengambil langkah dengan memperkenalkan undang baru yang dikenali sebagai “ Undang Undang Choo Doon Soon”. Undang- undang ini telah melarang pesalah kes seksual untuk keluar pada waktu malam, dan waktu pelajar pergi dan pulang dari sekolah.

Jom follow kakibawang.my untuk lebih banyak content menarik!

Sumber: https://twitter.com/kamarul14/status/1337748254683877377?s=21

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *