BUNUH DIRI

SEREMBAN – Isteri kepada anggota polis yang ditemui mati bersama anak lelakinya yang berusia 7 tahun dengan kesan tembakan masing-masing di kepala kelmarin terkilan kerana tidak sempat bertemu dua beranak tersebut.

S. Gayathri, 38, berkata, dia sudah seminggu tidak berjumpa suaminya, hang merupakan seorang anggota Polis, Koperal J. Rajkumar, 35, dan anak mereka, R. Jeveshkumar, 7, selepas keluar rumah di Taman Cempaka, Senawang di sini kerana berlaku perselisihan faham.

Sepanjang tempoh itu, dia yang merajuk tinggal sementara di rumah ibu bapanya di Taman Bidara di sini.

“Sebelum kejadian, saya terima kiriman WhatsApp daripada suami yang mahu berjumpa di rumah emak.

“Pada mulanya, saya gembira kerana fikir dia akan memujuk, tetapi sebaliknya lain pula yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Taman Cempaka semalam.

Sepanjang 12 tahun berkahwin, pasangan itu tidak pernah berpisah lama walaupun berlaku salah faham dan biasanya Rajkumar akan segera memujuk.

Rajkumar yang bertugas di Bahagian Risikan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dikatakan mengambil cuti se­minggu dan Jeveshkumar tidak ke sekolah pada hari kejadian.

“Saya terkejut menerima panggilan daripada polis semalam (kelmarin) yang memaklumkan suami membunuh diri dan menembak anak saya. Seorang lagi anak saya (Lokshan Raj, 15) berada di rumah bersama neneknya,” katanya.

Dalam kejadian pukul 6.42 petang itu, anggota polis tersebut dipercayai menembak mati anak lelakinya sebelum menembak dirinya dengan menggunakan senjata api jenis P99 di Taman Sentosa Jaya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, mayat Rajkumar dan anaknya ditemui dengan kesan tembakan di kepala di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun dipercayai mungkin berkaitan masalah keluarga,” katanya.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana anda terus menyokong kami kakibawang.my Alhamdulillah!

Sumber: Kosmos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *