tips elak perut buncit

Masalah Perut Buncit? Elak lebih baik dari mengubati

perut buncit

Masalah perut buncit merupakan salah satu masalah besar bukan hanya terjadi pada golongan lelaki, malah wanita, kanak-kanak, remaja mahupun wargas emas. Pernahkah anda mencuba pelbagai jamu atau senaman yang mampu mengempiskan perut namun gagal? Jom semak info berikut yang perlu anda lakukan untuk elak perut buncit ;

1. Jauhi makanan tinggi karbohidrat

 Elakkan mengambil sebarang makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi seperti nasi, gula, dan sebagainya. Pastikan portion nasi anda tidak terlalu banyak. Lebihkan lauk, ini kerana kandungan protein tidak menghasil lemak di dalam badan. Anda dinasihatkan untuk menjamah nasi sehari sekali sahaja.

2. Elakkan makanan bergoreng

Kurangkan makanan yang telah digoreng dengan minyak sperti ayam goreng, ikan goreng, masakan rendang dan sebagainya. Anda dinasihati mengambil makanan yang dimasak dengan cara ‘merebus’. Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan kandungan kolestrol dalam tubuh badan.

3. Usah makan sebelum tidur

Jauhi pengambilan makanan sebelum anda tidur. Pastikan anda makan dua jam sebelum masuk tidur. Ini akan mengakibatkan anda tidak mendapat kualiti tidur yang secukupnya. Bahkan, ianya boleh mengakibatkan penyakit strok. Jika anda terlalu lapar, pastikan anda mengambil pemakanan yang mudah dicerna oleh badan, seperti buah dan sayur-sayuran.

4. Kurangkan pengambilan garam

Garam adalah penyebab utama kenaikan lemak perut padan badan dan mengakibatkan perut anda menjadi buncit. Kajian mendapati bahawa, setaip satu gram garam mampu meningkat risiko obesity pada kanak-kanak sebanyak 28% berbanding orang dewasa 26%. Jadi kurangkan pengambilan garam dalam masakan anda.

5. Tolak makanan segera dan minuman bersoda

Jauhi daripada mengambil minuman bergas ataupun “fast food”. Kerana masing masing mempunyai sumber gula dan kalestrol yang sangat tinggi dan ia mampu mengakibatkan badan anda terdedah dengan peyakit tiga serangkai iaitu kencing manis,darah tinggi dan sakit jantung.

6. Minum air mencukupi setiap hari

Anda dinasihati untuk mengambil air mineral atau suam sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini kerana, kandungan air boleh meningkatkan kadar metabolisma di dalam badan yang berpotensi untuk membakar lemak kalori. Selain daripada itu, air juga merupakan cecair yang menganduri kadar gula sifar yang sudah tentu lebih baik dari air yang bergula.

7. Tidur awal

Tahukah anda bahawa tidur sangat penting untuk tubuh badan? Mengikut kajian yang telah dijalankan, tempoh waktu tidur yang paling sihat adalah selama 8 jam satu hari. Kerana semasa tidur, otak akan memberikan isyarat kepada tubuh badan kita untuk memulakan proses penyembuhan. Jika tidak, ia boleh meningkatkan risiko kegemukan dan perut buncit.

8. Kekalkan rutin bersukan dua kali seminggu

Aktifkan diri anda dengan bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, jogging, berenang dan sebagainya. Dengan aktiviti riadah, kandungan lemak kolestrol di dalam badan kita akan mudah terbakar.

9. Jalani kehidupan ceria

Pastikan diri anda sentiasa ceria. Kurangkan stress atau beremosi akibat tekanan kerja atau sebagainya. Ini boleh mengakibatkan otak anda tidak beroperasi dengan baik. Jika anda mengalami tekanan di tempat kerja, luangkan masa bersama rakan-rakan. Bercuti dengan keluarga. Ingat, kerja takkan habis sampai bila-bila.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik!

facebok
instagram 1
twitter
website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *