pfizer dan vaksin

Menurut CNN Indonesia, Pfizer (BNT162) telah mengumumkan bahawa hasil akhir ujian untuk vaksin korona telah melepasi tahap 3 dan mereka menyatakan bahawa 95 peratus sangat efektif bagi mengalahkan Covid-19. Malaysia juga telah mengambil keputusan untuk membeli vaksin khas untuk 6.4 juta rakyat Malaysia daripada Pfizer. Dalam artikel ini mari kita soroti 9 fakta tentang Pfizer dan vaksin keluaran mereka.

9 Fakta tentang Pfizer dan Vaksin

1. Vaksin mRNA

Vaksin ini yang dikembangkan Pfizer dan BioNTec. Ianya menggunakan teknologi penghasilan vaksin baru yang dikenal sebagai mRNA.

Vaksin mRNA ini didapati tidak menggunakan virus yang kukuh. Ianya hanya sebahagian daripada RNA virus. Bahagian virus yang diambil dan dipotong adalah bahagian yang digunakan virus itu untuk hinggap ke sel tubuh manusia dan mula menjangkit

Dengan menggunakan sebahagian virus tersebut, diharapkan tubuh manusia boleh berinteraksi dengan baik dan  menciptakan antibodi yang dapat mengenali dan mencegah bahagian virus yang menjadi jalan masuk ke dalam sel manusia.

Teknologi pengembangan vaksin ini masih lagi belum banyak diuji sepenuhnya. Pengujian hingga waktu ini masih dalam peringkat klinikal. Vaksin jenis ini juga belum pernah digunakan pada vaksin lain sebelumnya.

2. Penyimpanan Vaksin haruslah dalam keadaan sangat dingin

Vaksin Pfizer harus disimpan dalam suhu sangat dingin, yakni minus 70-80 darjah Celsius hingga beberapa hari sebelum digunakan. Keperluan tempat penyimpanan yang tidak biasa ini dikhuatiri akan menjadi masalah dari sisi pengedaran logistik vaksin. 

Hal ini kerana, tidak semua tempat menyediakan lemari pendingin yang boleh menghasilkan -80 derajat Celcius. Kebiasaanya, hanya mampu menghasilkan -4 darjah Celcius.

3. Harga

Harga Vaksin Pfizer dijual US$20 untuk satu dos yang seberat 30 mikrogram.

4. Vaksinasi dua kali

Menurut Pfizer, proses vaksin ini hanya boleh dilakukan sebanyak dua kali sahaja. Dalam uji klinikal, vaksin kedua Pfizer diberikan setelah 21 hari pesakit menerima dos vaksin yang pertama.

5. Jumlah Penghasilan Vaksin

Pfizer berharap dapat menghasilkan sehingga 50 juta dos vaksin pada tahun 2020 dan sehingga 1.3 juta dos pada tahun 2021 secara global.

6. Keberkesanannya dipersoalkan

Meskipun Pfizer menyatakan keberkesanan vaksin ini adalah 95 peratus efektif,, namun sejumlah ahli perubatan masih mempersoalkan keberkesana vaksin ini. Hal ini kerana, vaksin ini hanya berisi fragmen virus atau potongan sebahagian virus saja dan mempunyai kemungkinan memberikan respons imun yang lemah.

7. Penghasilan vaksin yang cepat

Kelebihan mRNA adalah vaksin ini tidak memerlukan virus yang kukuh sehingga dapat memendekkan waktu penghasilan vaksin berbanding vaksin yang lain. 

8. Kos pembiayaan penghasilan yang murah

Vaksin ini memanfaatkan teknologi kejuruteraan genetik dapat dibuat dengan cepat, mudah dihasilkan, dan berpotensi untuk mempunyai harga yang lebih murah seperti ditulis The Conversation

9. Tak menularkan virus

Menurut Pharmacytimes, vaksin mRNA tidak dibuat dengan keseluruhan virus SARS-CoV-2, yang bermaksud tidak ada orang yang dapat menangkapnya dari suntikan. Sebaliknya, vaksin mengandungi potongan kod genetik yang melatih sistem imun untuk mengenali protein lonjakan pada permukaan SARS-CoV-2. Potongan ini tidak akan berpotensi untuk menghantar Covid-19.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

PS : Kesan gula putih kepada otak dan badan manusia yang amat membimbangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *