40C956E600000578 4541800 image a 81 1495723462279 1

Elak Hilang Keberkatan dan Rezeki yang Menyebabkan Punca Keretakan Rumah Tangga

Hilang Keberkatan dan Rezeki

Zaman bercinta dan berumah tangga merupakan dua gaya hidup yang sangat berbeza bagi sesebuah pasangan. Mana tidaknya, masa bercinta bau kentut pun dianggap wangi. Semua ayat manis yang diungkap bagi seseorang merupakan mimpi indah bagi pasangan masing-masing. Namun apabila sudah berkahwin, segala kelakuan, tindak tanduk kita jadi serba tak kena. Ada sahaja yang tidak kena pada pasangan masing-masing di mata mereka, baik suami mahupun isteri. Tahukah anda bahawa perkara-perkara yang sedemikian boleh menyebabkan “kegoyahan” dalam rumah tangga. Jom ikuti 7 sebab Hilang Keberkatan dan Rezeki Dalam Keluarga.

1. Sering bergaduh.

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman antara satu sama lain. Cari jalan penyelesaian bersama-sama. Usah mencari kesalahan pasangan anda, sebaliknya berilah nasihat yang membina bukan cacian atau makian. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat.

2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana ingatlah senantiasa bahawa setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Berapa ramai pasangan yang sudah berkahwin masih lagi belum perpeluang menimang cahaya mata sendiri, tetapi anda tidak bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah beri kepada kamu. Selain itu, ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki.

Kurangkan mengeluh dalam menghadapi ujian dan rintangan dalam melayari bahtera rumah tangga. Banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira walaupun banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

4. Kedekut dengan pasangan dan anak-anak.

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah SWT beri adalah untuk dikongsi bersama. Jika anda mempunyai rezeki lebih, bawalah keluarga anda untuk bercuti. Hadiahkan lah seseuatu kepada pasangan anda bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

5. Gagal mengawal emosi dan amarah.

Jangan meninggikan suara dengan kata-kata yang boleh menyakitkan hati atau menyinggung perasaan pasangan anda. Gunakanlah kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra dan kasih saying. Barulah keluarga aman dan bahagia.

6. Kurang sabar.

Orang yang paling kuat didunia adalah bukan seorang ahli gusti, tentera dan sebagainya tetapi orang yang boleh menahan amarahnya. Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki.

7. Kurang berdoa.

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Semoga bermanfaat.

facebok
instagram 1
twitter
website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *