permainan kanak kanak zaman dahulu

Permainan Kanak-kanak Zaman Dahulu Kini Hanya Tinggal Kenangan? Betul ke?

Dulu dan kini sememangnya berbeza, tidak dinafikan smartphone kini menjadi salah satu keperluan dalam hidup masyarakat kini. Namun sedarkah kita bahawa dengan smartphone inilah segala kenangan yang terbina dahulu kini hanya tinggal kenangan. Anak-anak kini lebih banyak meluangkan masa dengan smartphone mereka.

Benarlah kata pepatah, dunia kini di hujung jari. Hingga kita sebagai orang yang dewasa juga terlupa akan keindahan dan keseronokkan permainan dahulu yang sepatutnya diwarisi oleh generasi anak-anak zaman sekarang. Kakibawang ingin mengajak anda mengimbau kembali kenangan kita semua di zaman masih kecil dahulu. Jom!

  1. Gasing
permainan kanak kanak zaman dahulu
Gasing merupakan salah satu permainan yang popular satu ketika dahulu

Dahulunya gasing merupakan salah satu permainan wajib bagi anak lelaki tidak kurang juga anak perempuan. Apa yang menambah nilai kepada permainan gasing ini bukan sahaja cara bermain, akan tetapi cara pembuatannya juga amatlah menarik! Dizaman dahulu gasing diperbuat daripada batang pohon jambu. Paku pula digunakan sebagai kaki gasing, paku pula pastinya tidak akan tajam kerana akan membahayakan.

Setelah gasing sudah ready dimainkan, bulatan akan dibuat diatas tanah dan permainan akan dimulakan. Siapa yang bertahan lama selain gagah ketika dipangkah akan dianggap sebagai pemenang (berdoa panjang masa ni). Kini pengganti gasing adalah “beyblade” siap ada stadium lagi. Selamat datang sukan gasing pangkah dari masa depan. Huhu!

2. Lari Dalam Guni

permainan kanak-kanak zaman dahulu
Lari dalam guni antara yang popular

Ketika di kampung dahulu, kebiasaannya guni beras atau guni baja akan menjadi sasaran anak kecil. Jika diimbau kembali amat indah ketika bermain bersama teman sambil disaksikan oleh keluarga dan jiran-jiran. Sehingga kini, lari dalam guni ini masih dimainkan seperti didalam acara sukaneka. Semoga permainan ini akan terus dimainkan sampai bila-bila.

3. Mercun Plug

permainan
Mercun plug bukti kreatifnya kekanak zaman dahulu

Mercun plug pernah menjadi satu fenomena pada zaman dahulu. Pantang jumpa plug motor mesti ambil tukar jadi mercun. Huhu! Kebiasaannya kawasan bengkel motorsikal menjadi sasaran untuk mendapatkan plug yang sudah tidak digunakan. Modal yang diperlukan hanyalah mancis. Kos rendah tapi padu!

Youtube Channel: Switch Ch

Cara membuat adalah membuang kepala plug, kemudian ikat plastik untuk dijadikan sebagai ekor mercun. kemudian ikat skru yang dijadikan sebagai penutup mercun dengan dawai. Pastikan saiz skru sesuai dengan saiz plug. Selesai proses pembuatan, boleh masukkan belerang dari kepala mancis kedalam plug dan tutup kepala plug dengan skru tadi. Kemudian baling mercun plug ke atas dan apabila jatuh ianya akan menghasilkan bunyi yang booommmm!!!!

4. Main Getah

permainan
Lompat getah antara yang popular dizaman sekolah. Cikgu nak rampas getah pon serba salah

Antara permainan yang digemari dizaman kanak-kanak. Lompat getah ini selalunya akan dimainkan ketika waktu rehat di sekolah atau pon selepas habis waktu sekolah. Pelbagai skill yang keluar untuk melepasi paras tinggi getah. Yang pasti cikgu tidak akan rampas getah permainan ini, halal dibawa ke sekolah. Huhu!

5. Tarik Upih

permainan
Lumba tarik upih. Siapa sampai dulu dia menang

Di kawasan kampung pastinya banyak pokok pinang. Apabila upih jatuh dari pokok, kanak-kanak akan menjadikan upih sebagai “kereta” mereka. Seorang akan menarik dan seorang lagi akan duduk di atas upih untuk ditarik. Jaga-jaga jangan sampai upih koyak, boleh bercalar punggung kalau tak sedar. Huhu!

6. Bola Tepuk

permainan
Apabila ada kejohanan besar seperti Fifa menjelma, automatik permainan ini akan naik rating sama

Terima kasih kepada individu yang mencipta permainan ini! Apabila kejohanan besar seperti Fifa World Cup menjelma, sukan kanak-kanak ini akan sama naik ratingnya. Kanak-kanak akan membuat beberapa keping lipatan kotak sebagai kononnya pemain dan menggunakan kreativiti masing-masing untuk design jersi pasukan diatas kepingan lipatan kotak tadi.

Bola pula menggunakan manik mak yang disimpan di dalam laci mesin basuh. Manakala tiang gol dibuat menggunakan kertas sahaja. Cara bermainnya adalah sama seperti sukan bola sepak tapi yang membezakan adalah kepingan kertas mana yang paling terdekat dengan bola manik dia yang akan melakukan tepukan hingga manik menerjah ke dalam gol.

7. Rumah Kusyen

permainan
Rumah kusyen

Tipu jika dirumah anda mempunyai kerusi kusyen seperti ini tapi tidak pernah bermain rumah kusyen. Kebanyakkan rumah dahulu mempunyai kusyen seperti ini, adik beradik pasti menjadi teman sepermainan. Kini tidak semua rumah yang masih mempunyai kerusi kusyen seperti ini. Generasi yang lahir 90an ke bawah pastinya beruntung kerana sempat merasa pengalaman bermain permainan seperti ini walaupun kelihatan simple sahaja, namun memori yang dibina amatlah mahal.

Semoga dengan segala perkongsian ini dapat mengembalikan memori indah sewaktu kecil kita dahulu. Terdapat banyak lagi jenis permainan yang ada namun hanya ini yang sempat kakibawang.my sajikan untuk anda. Semoga bermanfaat. InsyALLAH.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *