c71cdb38ea643b39 1024x684 1

Bagaimana meningkatkan kesuburan orang lelaki?

Sejak kebelakangan ini, sering kita dengar di sosial media mengenai masalah dan senario pasangan yang sudah lama berkahwin mengalami masalah sukar untuk mendapatkan anak. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, hampir 15 peratus daripada kes ini adalah berpunca daripada kualiti sperma lelaki yang rendah atau tidak subur dan perkiraan ini dijangka akan meningkat dari tahun ke tahun.

Untuk pengetahuan anda, air mani bukan sahaja bergantung pada bilangan sperma tetapi kualiti di dalam sperma itu memainkan peranan yang sangat penting bagi kesuburan lelaki. Langkah semulajadi untuk menghasilkan sperma yang berkualiti adalah menerusi senaman. Pastikan suamianda sering melakukan aktiviti bersukan atau riadah. Ini kerana kajian telah membuktikan bahawa semakin banyak berlaku penurunan badan, semakin banyak kuantiti sperma akan terhasil.

Namun, Terdapat juga beberapa langkah yang mampu meningkatkan kualiti sperma dengan cara mudah iaitu melalui pemakanan. Mari ikuti 8 jenis makanan dibawah;

1) Tiram

tiram

Galakkan suami anda untuk mengambil pemakanan yang berasaskan tiram. Ini kerana Tiram mempunyai suber zat besi yang baik dalam menghasilkan jumlah kuantiti sperma. Anda disyorkan mengambil sebanyak 15-50 gram tiram sehari. Selain daripada tiram, anda juga boleh mengambil makanan laut yang lain seperti udang, lobster atau kerang.

2) Bawang Putih

bawang putih

Siapa sahaja yang suka akan bawang putih? Sudah la mempunyai bau yang sangat kuat, sudah tentu membuatkan anda berasa tidak selesa. Namun tahukah anda bahawa bawang putih mempunyai khasiat yang sanggat tinggi? Ya. Bawang putih mampu meningkatkan aliran darah ke organ seksual dan yang paling utama, ianya juga mampu melindungi sperma daripada rosak. Anda digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya satu atau dua ulas sehari.

3) Pisang

pisang

Salah satu khasiat pisang adalah ianya mampu meningkatkan libido lelaki dan boleh mengawal hormon seks yang dikenali sebagai bomelain. Selain daripada itu, pisang juga kaya dengan Vitamin C, Vitamin A dan Vitamin B1 yang mampu meningkatkan kuantiti jumlah sperma.

4) Brokoli

brokoli

Kekurangan Vitamin A dalam tubuh badan mampu mengurangkan kesuburan lelaki. Oleh itu, suami digalakkan mengambil sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin A seperti Brokoli, lobak merah, bayam, aprocit, dan ubi kentang.

5) Asparagus

Kesuburan

Anda juga digalakkan untuk mengambil Asparagus dalam pemakanan. Ini kerana makanan tersebut mampu melindungi sperma daripada rosak atau cacat. Selain daripada itu, ianya juga boleh mempercepatkan sperma anda berenang ke dalam ovum wanita.

6) Kacang walnut

kacang walnut

Kacang walnut terkenal dengan sumber makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 yang boleh meningkatkan jumlah sperma serta aliran darah ke alat kelamin lelaki. Selain walnut, makanan lain yang mempunyai khasiat yang sama adalah ketam, ikan salmon dan labu.

7) Ginseng

ginseng

Sejak dahulu lagi, khasiat yang terkandung pada Ginseng mampu merawat masalah kemandulan. Kajian mendapati, Ginseng mampu meningkatkan tahap testosterone dan aliran darah ke dalam alat kelamin dan merawat masalah ereksi. Oleh itu, para suami dinasihati untuk mengamalkan pengambilan ginseng bagi mendapatkan khasiatnya dalam tubuh badan sekaligus meningkatkan kesuburan lelaki.

Sumber: https://my.theasianparent.com/makanan-meningkatkan-kesuburan-lelaki

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *