Template Featured Image 2020 13 01 1024x537 1

Adakah anda tengah fikir nak beli rumah pertama? Ya memang betul bukan perkara senang nak beli rumah pada waktu sekarang ni. Lagi susah jika pendapatan bulanan anda tidak banyak. Dalam artikel ini akan kongsikan 6 bantuan kerajaan dapat membantu anda untuk membeli rumah pertama.

bantuan kerajaan rumah pertama 768x432 1
Bantuan Kerajaan Beli Rumah Untuk Gaji Rendah

6 Bantuan Kerajaan Beli Rumah Untuk Gaji Rendah

1) Skim Pinjaman Perumahan (SPP)

Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai sumber untuk memiliki rumah sendiri. Melalui kemudahan ini pihak Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini.

Bantuan Kerajaan Beli Rumah: Skim Pinjaman Perumahan (SPP)
Skim Pinjaman Perumahan (SPP)
2) Skim Rumah Pertama 2020 (SRP)

Pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli rumah pertama. Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar deposit.

Bantuan Kerajaan Beli Rumah: Skim Rumah Pertama 2020 (SRP)
Skim Rumah Pertama 2020 (SRP)
3) Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki KPKT

Satu program Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). PPR Dimiliki dibuat dengan tujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Bantuan Kerajaan Beli Rumah: Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki KPKT
Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki KPKT
4) BSN MyHome (Skim Perumahan Belia)

Menawarkan pembiayaan hartanah yang sudah siap atau sedang dalam pembinaan (undercon) dari pemaju dan hartanah siap (subsale). Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM 200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.

Bantuan Kerajaan Beli Rumah: Skim MyHome (BSN)
Skim MyHome (BSN)
5) Dana Rumah Mampu Milik (Dana BNM)

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penubuhan Dana Rumah Mampu Milik (Dana) berjumlah RM1 bilion untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah di seluruh negara bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka. Dana ini akan tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga dana RM1 bilion itu habis digunakan.

Bantuan Kerajaan Beli Rumah: Dana Rumah Mampu Milik (BNM)
Dana Rumah Mampu Milik (BNM)
6) Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP)

Menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh bank-bank untuk golongan tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah.

Bantuan Kerajaan Beli Rumah: Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP)
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP)

Sebenarnya banyak bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada kita untuk membeli rumah pertama. Cuma mungkin anda tak tahu tentang kewujudannya dan tak tahu macam mana nak mohon. Dengan adanya artikel ini, anda dapat manfaatkan bantuan kerajaan ini untuk memiliki rumah anda sendiri.

Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Sumber: hartabumi.com

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *