travel

Travel ni dah sinonim dengan manusia.

bus

Travel ni perkara biasa dalam kehidupan normal people macam kita semua ni. Tak kira umur dah travel ni. Tambah- tambah musim PKP ni banyak announcement-announcement tergempar di maklumkan oleh pihak kerajaan dalam usaha membendung wabak COVID-19 yang sedang menular sekarang ni. Yang paling affected nya adalah pelajar lah. Sekejap kena balik universiti, kolej dan sebagainya, sekejap kena balik rumah balik. Golongan mahasiswa ni paling relevant dengan situasi macam ni.

Banyak dah dekat social media tentang keluhan-keluhan mahasiswa. Ada yang tertinggal bas la, duit tak cukup untuk balik. So, disini aku nak share 5 Tips untuk mengelakkan perkara begini berlaku. 

image 13

  1. Rancang perjalanan

    Ini paling penting sekali. Walau macam mana pun rushing sekalipun, kena rancang perjalanan korang. Sekarang dah ada banyak apps untuk book bas, train dan sebagainya. Gunakan kemudahan itu sebaiknya. Make sure tengok multiple apps dalam phone korang. Antaranya apps untuk bas adalah ETicketing.my, CatchThatBus, RedBus.my, EasyBook.com dan BusOnlineTicket.com. Apps untuk train pula, korang boleh check dekat apps KTMB MobTicket yang dibuat khas oleh Syaikat Keretapi Tanah Melayu (KTM). Jangan lupa rancang perjalanan korang dulu tau !

  2. Sediakan duit lipat

    Tips ini juga antara yang paling penting juga. Make a habit untuk setiap kali keluar duit or setiap kali keluar gaji, prepare duit lipat dekat dalam dompet, dalam bag atau mana mana tempat yang korang least expected atleast RM100 ringgit. Tips ini untuk prepare dari situasi critical dan emergency yang kita pun tak tahu bila ia akan terjadi. Umpama pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Boleh try tips ni okay ! 

  3. Prepare contingency plan 

    Tips ini pun penting juga. Wajib prepare contingency plan (Plan luar jangkaan) as a solution kalau plan asal tak berhasil. Sebagai contoh, main plan korang, korang nak balik rumah atau kampung korang naik bas. So, untuk contigency plan tu korang kena cari mana mana kawan korang yang ada kenderaan untuk balik carpooling dengan dorang. Korang dah kena tahu siap siap kawan kawan korang yang ada kenderaan supaya senang korang nak contact dan create korang punya contingency plan. So, jangan lupa untuk prepare contingency plan tau ! Super important ! 

  4. List out important person yang boleh diharap kalau anything happens

    Sebelum korang plan untuk balik ke kampung dan sebagainya, korang wajib list out important personnel yang boleh korang harapkan incase anything happens contohnya tertinggal bas, barang kena curi dan sebagainya. Important person yang dimaksudkan adalah kawan yang tinggal di kawasan berdekatan dengan tempat belajar atau tempat yang korang stranded supaya senang dia nak datang ke lokasi kejadian. Sebab itu penting untuk berkawan tau ! Jangan lupa tips ni ! 

  5. Inform parents or family members tentang plan travel

    Haa, tips ini pun penting juga. Actually, yang ni paling penting antara semua. Korang kena dan wajib inform pada parents or family members korang about plan travel balik kampung korang. Sebab, if anything happens dorang akan alert dengan masalah and emergency yang korang alami. Mana ada family yang tergamak abandon kan anak dorang kat perantauan kan ? So, jangan lupa inform family members korang tentang plan travel ke balik kampung korang tau ! 

Kami dari kakibawang.my mengucapkan semoga perjalanan pembaca dilindungi dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin!

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *