2b4b966b 8dec 4661 aceb 0d7a5bed23c3starling bandar rimbayu resize 08

Hari ini saya nak kongsikan 5 tips mudah miliki hartanah untuk generasi muda. Tips ini penting bagi golongan muda yang sedang mencari rumah pertama agar tidak tersalah pilih rumah yang hendak dibeli.

5 Tips Mudah Hartanah Untuk Generasi Muda

1. Mulakan Dengan Rumah Kecil

hartanah kecil

Sebagai orang muda atau belum bekerja lama kita jangan lihat rumah impian. Mulakan rumah yang kecil dulu yang kita mampu. Sudah pasti semua orang ada rumah impian dalam hidup betul tak? Sebaiknya pada usia 40 tahun ke atas baru kita mula dengan rumah impian.

2. Mulakan Rumah Untuk Pelaburan

capital appreciation houses

Kebiasaanya tujuan kita membeli rumah untuk duduk sahaja. Tapi lagi best kita buat rumah sebagai rumah pelaburan yang boleh menjana pendapatan. Cari rumah yang ada potensi untuk pelaburan yang boleh membawa keuntungan masa akan datang. Rumah sebagai pelaburan kebaikannya lebih besar jika kita guna untuk duduk sahaja.

3. Bina Kawan Minat Yang Sama Dalam Hartanah

team member

Apabila kita mempunyai kawan minat tentang hartanah. Kita boleh cerita segalanya secara terperinci. Masing-masing ada ilmu dan pengetahuan berbeza yang boleh dikongsikan seperti proses jual beli hartanah, teknik pelaburan dan sebagainya sebab semua ada minat yang sama.

4. Sediakan Keperluan Asas Rumah

rumah yang selesa

Sentiasa cari rumah yang ada keperluan asas kediaman manusia seperti 3 bilik dan 2 bilik air. Dengan kediaman ini cukup keperluan untuk orang bujang dan orang sudah berkahwin. Bila sudah ada rumah, kita usahakan untuk cantikan dan sediakan keperluan asas untuk rumah tersebut. Apabila rumah kita cukupkan dengan keperluan asas, penyewa akan rasa selesa dan akan duduk lama di rumah kita. Jadi sebagai pemilik rumah sediakan sekurang-kurangnya, tilam, almari, kabinet dapur dan sebagainya.

5. Cari Kawasan Rumah Berpotensi Untuk Pelaburan

tips condition property investment

Untuk mulakan rumah sebagai pelaburan, carilah rumah di kawasan yang ada potensi bagus untuk membangun. Tidak semestinya kita perlu cari kawasan yang padat membangun. Selalunya kawasan yang terlalu membangun ini harga rumahnya lebih mahal di luar kemampuan kita. Sebenarnya kita boleh juga cari kawasan yang sedang membangun pun sudah bagus. Ketika kawasan itu naik membangun nanti kita semua akan dapat manfaat dan keuntungan.

Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *