memulakan perniagaan online

Memulakan Perniagaan Online. Berniaga merupakan salah satu pekerjaan yang terpuji. Ini kerana, Rasulullah SAW sendiri merupakan seorang peniaga. Hal ini, banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab sirah apabila Nabi SAW bersama bapa saudaranya Abu Thalib pergi ke Syam bagi tujuan berniaga. Selain itu, Nabi SAW juga pernah membantu isterinya yang tercinta Siti Khadijah dalam perniagaan.

memulakan perniagaan online
Memulakan perniagaan online

Hampir  80% penduduk di Malaysia mempunyai telefon pintar dan segalanya boleh dilakukan dihujung jari. Nak shopping? Nak makan? Semua dapat dilakukan semudah ABC! Terdapat banyak platform yang dapat digunakan bagi memulakan perniagaan secara online, antaranya melalui Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter, Blog dan banyak lagi. Namun anda perlu biasa dan tahu cara menggunakan platform tersebut. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda jadikan rujukan sebelum memulakan perniagaan online ini.

online bisnes online

Tips memulakan perniagaan online.

  1. Tahu Kehendak Pasaran
    Penting bagi anda untuk membuat kajian kehendak pasaran terlebih dahulu untuk mengetahui “market demand” sebelum memulakan perniagaan online. Sebaiknya, pastikan anda kenal siapa prospek pelanggan anda. Dari sini, kita akan dapat gambaran yang lebih jelas produk atau servis yang bagaimana yang diperlukan oleh prospek atau bakal pelanggan sebelum memulakan perniagaan online. Amat penting bagi anda untuk memasarkan produk yang mempunyai pasaran terhad tetapi mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran. Ini dapat mengurangkan risiko persaingan, dapat menjana keuntungan yang berlipat kali ganda dan membolehkan anda bertahan lama dipasaran.
  2. Copywriting mesti POWER!!
    Dengan menerangkan kelebihan, keunikan, dan kemampuan produk, ianya mampu menarik minat mereka untuk membeli produk. Anda juga boleh meyakinkan lagi dengan berkongsi testimoni produk anda yang telah berjaya. Sesekali anda juga harus menawarkan diskaun bagi menarik minat pembeli untuk membeli produk. Anda perlu belajar cara copywriting berkesan yang boleh menarik minat bakal pelanggan untuk membeli produk atau servis. Pelanggan biasanya membeli dengan EMOSI. Jadi, copywriting yang ditulis perlu lebih menjurus kepada memanipulasi emosi si pembaca. Jom tengok situasi dibawah!

    “Ubat kurus yang laku keras dipasaran”
    Atau
    “Nak ke suami asyik jeling jiran yang ramping tu? Takkan sis nak duduk diam je?”

    Anda rasa yang mana satu lebih bagus dan menyentuh emosi? Sudah pasti copywriting yang kedua bukan?

  3. Buat Website Produk Anda Sendiri
    Anda perlu membina website produk anda sendiri supaya pelanggan lebih percaya dan yakin untuk membeli produk anda. Melalui website juga orang akan lebih mengenali dan mengetahui dengan jelas produk anda. Untuk menghasilkan website terdapat beberapa kriteria website yang perlu anda tahu antaranya:
    • Website anda senang dilayari (guna nama yang mudah).
    • Navigasi yang jelas, mudah, dan konsisten pada setiap halaman.
    • Guna grafik, audio atau video untuk menghantar mesej.
    • Masukkan opt-in offer supaya anda dapat kumpulkan email pengunjung website anda.

  4. Share info secara FREE!
    Kebanyakan orang melayari internet untuk mencari informasi mengenai sesuatu perkara. Salah satu cara untuk membina reputasi adalah dengan berkongsi maklumat tersebut secara FREE! kepada orang ramai dan anda mestilah selalu kongsikan link tersebut untuk terus ke website anda. Dengan ini anda dapat menarik perhatian pengguna media sosial yang lain untuk masuk ke website. Cara mudah yang boleh anda lakukan untuk kongsi informasi tersebut adalah dengan menghasilkan artikel, video dan lain-lain lagi dimana orang menganggapnya sesuatu yang berguna.
  5. Cari Mentor Yang Sesuai
    Perkara paling mudah untuk anda menimba ilmu ialah melalui pengalaman. Anda mungkin boleh dapatkan maklumat selok belok bisnes melalui buku tapi kebiasaanya apa yang ditulis dibuku adalah tidak sama dengan bila anda bersemuka dengan mentor anda sendiri. Kebanyakan founders yang berjaya didunia juga mempunyai mentor. Contohnya, mentor kepada Mark Zukerberg (Facebook) adalah Steve Jobs (Apple).
online bisnes 2

Kesimpulannya, sebelum memulakan perniagaan online, anda perlu mengkaji terlebih dahulu produk yang mendapat permintaan pasaran yang tinggi namun pasaran produk tersebut terhad. Peluang ini anda harus ambil bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi kerana ia mendatangkan keuntungan yang lumayan jika kena dengan caranya. Anda juga harus tahu bagaimana cara untuk mempromosikan produk tersebut agar pengguna mengenali produk tersebut dengan menggunakan platform-platform yang sesuai.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *