Istiqamah

Pernah tak kita rasa yang diri kita ni sentiasa kecundang bila masuk tajuk istiqamah?

Ya. Itu sudah menjadi satu lumrah dalam kehidupan seorang Muslim yang biasa. Iman naik dan turun. Namun, kita masih punya peluang untuk belajar istiqamah dalam melakukan sesuatu ibadat.

Kita lihat kaitan istiqamah dengan makan dan minum. Kita boleh makan dan minum hari hari tanpa gagal. Kerana apa? Kerana badan kita memerlukan makanan dan minuman untuk kita meneruskan kehidupan. Namun, apa kaitannya dengan ibadat? Kita seharusnya meletakkan keperluan dalam sesuatu perkara untuk dijadikan pemangkin semangat kita. Jadi, apakah dia pemangkin untuk kita melaksanakan ibadat? Keperluan pengharapan dan dahaga cinta Allah SWT.

Jadi ayuh kita baca 5 Tips Istiqamah, In Shaa Allah.

Istiqamah

Mulakan dengan ibadah yang sedikit

Mulakan dengan mempraktikkan ibadah yang mudah. Contohnya ibadah berzikir. Hanya berzikir SubhanAllah, Alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak 33 kali setiapnya. Mulakan dengan hari pertama. Seterusnya mulakan dengan hari kedua dan seterusnya. Boleh juga dengan ibadah ibadah yang lainnya yang dirasakan mudah untuk diamalkan. Boleh mulakan dengan itu In Shaa Allah.

Al Quran dan Tasbih 1024x768 1

Memastikan ada penambahan kepada ibadah tersebut

Setelah kita selesa dengan ibadah yang dilaksanakan, cuba untuk tingkatkan sama ada dari segi penambahan ataupun kualiti ibadah tersebut. Misalnya jika minggu ini kita mulakan dengan ibadah membaca Al Quran sebanyak satu muka surat, maka tingkatkan minggu hadapannya kepada dua muka surat untuk menambahkan lagi minat kepada ibadah yang dilakukan tersebut.

solat 1570665862

Memastikan peningkatan atau pertambahan tersebut tidak terlalu membebankan

Istiqamah mesti selari dengan sifat gembira apabila melakukan sesuatu perkara. Ia sangat berkait rapat. Jadi untuk mengekalkan momentum semangat itu, perlu di ingatkan untuk tidak membuat peningkatan sehingga suatu tahap dapat menurunkan mutu ibadah tersebut. Apa yang dinilai Allah SWT bukanlah pada kuantiti sesuatu ibadah. Akan tetapi yang akan dinilai oleh Allah SWT adalah kualiti ibadah tersebut.

ibadah

Sentiasa merasakan keperluan dalam melaksanakan ibadah tersebut

Istiqamah seharusnya di suntik dengan rasa keperluan yang timbul di dalam hati untuk melaksanakan sesuatu ibadah. Contoh kita melaksanakan ibadah dhuha, untuk apa? Untuk mengharapkan redha Allah dan dikurniakan rezeki buat kita. Maka itulah keperluannya. Harus didik hati supaya meletakkan keperluan dalam sesuatu ibadah. Umpama kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Ajar diri In Shaa Allah.

8 amalan dan ibadah yang menjadi sumber pahala saat puasa ramadhan

Memohon kepada Allah SWT agar ditetapkan hati untuk istiqamah

Akhir sekali adalah point yang paling penting antara semua. Apa sahaja yang kita lakukan adalah dalam bidang kuasa Allah SWT. Maka pohonlah dari Keagungan Allah SWT untuk sentiasa kekal dalam keadaan istiqamah melaksanakan ibadah kepadaNya. Di akhirnya, apa yang kita perlukan adalah redhaNya. Sentiasa berdoa setiap waktu agar dikurniakan hidayah dan diteguhkan iman untuk sentiasa beramal soleh.

Akhir kalam, kita akhiri dengan sebuah potongan hadis yang berbunyi

مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ

Barangsiapa yang rindu berjumpa dengan Allah, Allah rindu berjumpa dengannya,
riwayat Shahih Bukhari.

Semoga kita sentiasa dipupukkan untuk cintakan Allah SWT. Kerana hidup dan mati kita hanya kerana Allah SWT. Allahuakbar.

Sumber: Sinar Harian, Yufidia.com

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *