HIV Test

Sebenarnya HIV Test sangat mudah!

Hari ini admin nak berkisar berkenaan HIV Test. Walaupun Pendemik Covid-19 belum reda, namun banyak pasangan yang memilih untuk membina masjid diwaktu ini kerana dapat berjimat. Alhamdulillah! Admin sangat setuju dengan cara ini. Bagi admin apa yang penting adalah kehidupan selepas akad nikah yang perlu diutamakan. GOOD JOB! bagi anda yang sudah melangsungkan perkahwinan. Tahniah!

HIV Test

Walaupun melakukan majlis nikah di dalam keadaan sekarang, namun terdapat beberapa prosedur dan perkara yang perlu dilakukan oleh kedua bakal pasangan mempelai. Sekiranya prosedur ini tidak dilakukan, akad nikah anda tidak boleh dilangsungkan! Pasti semua pernah dengar berkenaan HIV Test bukan?

Antara perkara wajib bagi permohonan perkahwinan di Malaysia adalah Saringan HIV Test. HIV Test ini harus dilakukan sebelum menyerahkan dokumen permohonan perkahwinan di Jabatan Agama daerah masing-masing. kakibawang.my akan kongsikan Apa itu HIV Test? dan 5 Langkah HIV Test Buat Bakal Pengantin. Diharap dapat memudahkan lagi urusan bakal kedua pempelai. InsyALLAH!

HIV Test

Apa itu HIV Test?

Ramai yang belum tahu apa itu Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan bukan? Apa prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia? Kenapa setiap pasangan yang ingin berkahwin perlu lalui HIV Test ini?

Apa itu HIV? HIV adalah virus yang dipanggil Human Immunodeficiency Virus, atau dikenali sebagai Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. Virus ini sangat bahaya kerana ia dapat memusnahkan sistem imunisasi badan manusia yang boleh menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit-penyakit kronik seperti AIDS, kanser dan sebagainya.

Melihat pada kesan-kesan HIV inilah kerajaan Malaysia telah mengambil langkah selamat dengan mewajibkan pasangan Islam menjalani Ujian Saringan HIV bagi menjaga kemaslahatan kedua bakal mempelai di kemudian hari. Semua sedia maklum bahawa virus HIV ini boleh merebak melalui beberapa cara. Antaranya adalah melalui perkongsian jarum suntikan, penerimaan darah yang dijangkiti virus HIV, persetubuhan dan sebagainya.

Ujian HIV ini juga turut bertujuan membolehkan seseorang itu mengetahui status HIV masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Jika terdapat sesuatu yang meragukan tindakan segara boleh diambil bagi mengelakkan kesan buruk berlaku.

5 Langkah HIV Test Buat Bakal Pengantin.

  1. Kenal Pasti Klinik Kesihatan/Hospital Terdekat
  2. Dokumen Yang Perlu Dibawa Ke Klinik/Hospital
  3. Lengkapkan Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
  4. Ujian Saringan HIV
  5. Keputusan Ujian Saringan HIV
test hiv 2

1. Kenal Pasti Klinik Kesihatan/Hospital Terdekat

Test HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan ataupun hospital kerajaan tertentu sahaja. Bakal mempelai perlu menjalani ujian ini di negeri atau mengikut mukim masing-masing sahaja. Namun di musim Covid ini, temujanji perlu dilakukan dengan klinik terlebih dahulu.

2.Dokumen Yang Perlu Dibawa Ke Klinik/Hospital

Dokumen yang perlu dibawa semasa ujian ini adalah dokumen yang telah di print out dari sistem e-munakahat (mengikut negeri) dan kad pengenalan sahaja. Manakala bayaran perkhidmatan yang dikenakan pula hanyalah RM1 sahaja. Murah saja bukan? Sekiranya bakal mempelai berkahwin dengan warga asing hendaklah memastikan pasangan membawa passport ke klinik untuk menjalani ujian saringan ini.

3.Lengkapkan Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Selesai saja pendaftar dan membuat pembayaran di kaunter, bakal mempelai boleh mula melengkapkan borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan yang telah disediakan oleh pihak klinik. Sekiranya anda menjalani ujian saringan ini di negeri lain sila muat turun borang ujian HIV (yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing). Apabila selesai anda akan diminta tunggu sebentar sementara nama anda dipanggil untuk menjalani ujian saringan tersebut.

4.Ujian Saringan HIV

Doktor atau MA bertugas akan menjalankan ujian saringan ini dengan menggunakan kaedah Rapid Kit Test. Darah akan diambil di hujung jari anda dengan menggunakan jarum lancet. Selepas itu anda akan diminta untuk tunggu sebentar kerana keputusan ujian ini kebiasaannya siap dalam masa 15 hingga 30 minit bergantung pada jenis kit yang digunakan oleh pihak klinik.

5.Keputusan Ujian Saringan HIV

Keputusan HIV ini akan diberikan pada hari yang sama. Keputusan boleh dilihat pada kit yang digunakan. Sekiranya terdapat single line pada kit ia bermaksud negative (Alhamdulillah). Tetapi sekiranya keluar double line ia bermakna positif (reactive). Keputusan ini akan diberikan kepada anda untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Daerah masing-masing untuk langkah-langkah selanjutnya.

Semoga dengan penerangan diatas dapat memberi gambaran buat kedua bakal mempelai. Jangan risau kerana proses ke alam perkahwinan tidaklah sukar seperti yang didengar. Jadi semoga bermanfaat kepada semua. Selamat Pengantin Baru buat semua! – Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *