Vaksin

Apa kelebihan dan kekurangan vaksin ini ?

Di tahun 2020 ini, masih ramai lagi yang tidak tahu apa itu Vaksinasi. Statistik pada tahun 2017 merekodkan sebanyak 1600 kanak-kanak tidak dibekalkan dengan vaksinasi yang sepatutnya. Keadaan ini amat merisaukan kerana ianya boleh mengundang penyakit-penyakit yang merbahaya yang selama ini dibendung oleh barisan perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaubagaimanapun, 95 peratus daripada purata rakyat Malaysia mendapat suntikan vaksin dan jumlah ini masih menepati piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Akan tetapi, kita sebagai masyarakat tidak harus memandang enteng terhadap penerimaan vaksin kerana ia mampu meruntuhkan institusi perubatan dengan kehadiran penyakit yang merbahaya. 

Vaksin

Apa itu vaksin ? Vaksin merupakan satu langkah penting dan tepat untuk mencegah penyakit dan menjaga kondisi tubuh. Nama lain yang sering disebut bagi vaksin adalah imunisasi. Imunisasi terbentuk melalui fungsi unik yang dimiliki tubuh yang mampu mempelajari dan melawan kuman-kuman penyebab penyakit. Tetapi sebaik-baik benda, tentu memiliki kekurangannya. Dengan itu, ikuti kupasan 5 Important Pros dan Cons Vaksin Dari Sudut Sains

5 Kelebihan Vaksin 

  1. Vaksinasi dapat menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Kajian dari American Academy of Pediatrics, Amerika Syarikat menyatakan yang kadar keberkesanan vaksinasi kanak-kanak dalam membendung penyakit adalah pada kadar 90% hingga 99%. Statistik ini cukup untuk mengatakan bahawa betapa pentingnya vaksinasi ini. 
  2. Bahan-bahan didalam vaksin adalah selamat dalam kadar yang digunakan. Bahan seperti thimerosal, formaldehyde dan aluminium boleh membahayakan dalam kuantiti yang banyak akan tetapi bahan bahan ini tidak digunakan dalam dos yang merbahaya di dalam vaksin. Keadaan ini amat melegakan dan dapat menambah keyakinan buat para ibu bapa diluar sana.
  3. Majoriti Organisasi Perubatan membuktikan yang vaksin adalah selamat. Organisasi terkemuka di Amerika Syarikat seperti Centre of Disease Control and Prevention (CDC), Food and Drug Administration (FDA), Institute of Medicine (IOM) dan lain lagi telah mengesahkan yang vaksin adalah selamat dan sangat digalakkan untuk kesihatan yang terjamin di masa hadapan. 
  4. Kesan buruk dari vaksin adalah tersangat jarang. Antara kesan sampingan vaksin yang biasa adalah anaphylaxis (Kesan allergy melampau) hanya terjadi pada satu per seratus ribu daripada satu juta vaksinasi. Dengan penemuan statistik ini, ia dapat memberi kelegaan buat warga ibu bapa di luar sana. 
  5. Vaksin dapat melindungi generasi akan datang. Ibu yang diberi vaksin dapat melindungi anak yang dikandung daripada virus-virus yang mendorong kepada kecacatan lahir. Dengan ini, komuniti yang diberi vaksin dapat terhindar dari penyakit merbahaya untuk melindungi generasi yang akan datang. 

5 Kekurangan Vaksin

  1. Vaksinasi dapat memberi kesan buruk yang serius yang boleh membawa kesan sampingan yang teruk. Berdasarkan daripada kajian CDC, Amerika vaksinasi membawa risiko alergi yang boleh meragut nyawa iaitu anaphylaxis. Walaubagaimanapun, risiko untuk menghadapi alergi ini tersangatlah jarang dan jika ingin dibandingkan dengan risiko komuniti dijangkiti penyakit yang lebih berbahaya adalah jauh lebih peting. 
  2. Vaksinasi mengandungi bahan yang merbahaya. Ya, memang tidak dinafikan lagi vaksin sememangnya mengandungi bahan bahan yang merbahaya. Aluminium adalah antara bahan yang digunakan dan penggunaan Aluminium yang berlebihan dapat memberi risiko kesan neurologi. Formaldehyde juga didapati terdapat didalam beberapa vaksin, dan ia mengandungi karsinogen. Walaubagaimanapun, ingin diingatkan bahawa pihak organisasi perubatan tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan vaksin yang belum sempurna diuji untuk digunakan pada komuniti. Ia mesti disaring dengan penyelidikan yang sepenuhnya sebelum masuk ke pada komuniti. 
  3. Vaksin adalah tidak semula jadi, imunisasi badan yang natural adalah lebih efektif. Terdapat banyak organisasi yang pro-vaksin mengatakan bahawasanya imunisasi semulajadi memberi impak yang lebih baik pada tubuh. Tetapi, perlu diingatkan bahawasanya imunisasi badan yang natural masih memerlukan tindak balas asing dari virus untuk membuat benteng didalam tubuh kita. Situasi ini dikhuatiri dapat melemahkan imunisasi sedia ada berpunca dari serangan virus yang kuat. Jadi, disebabkan ini para pengamal perubatan amat menyarankan vaksinasi dengan tujuan membantu imunisasi untuk berkerja dengan lebih efektif. 
  4. Kebanyakan penyakit yang menjadi sasaran vaksinasi adalah tidak berbahaya. Penyakit seperti cacar air (Chickenpox) hanya adalah ruam seperti lecuran dan boleh di ubati dengan acetaminophen atau calamine lotion. Walaubagaimanapun, hendak juga diambil kira penyakit yang merbahaya lain seperti polio, rubella dan lain lain merupakan penyakit yang sangat merbahaya jika tidak dibendung. Dengan itu, penggunaan vaksin amatlah disarankan bagi membendung gejala penyakit seperti ini. 
  5. Vaksin mengandungi bahan-bahan yang sesetengah golongan melabelkan sebagai tidak bermoral. Sesetengah vaksin mengandungi bahan-bahan dari haiwan seperti telur ayam, bovien casein, sel serangga, geletin babi dan pelbagai lagi. Ini membuatkan golongan yang vegetarian menolak sementahnya kepada vaksin. 

Setiap perkara sudah semesti ada kebaikan dan keburukannya. Tidak terkecuali juga dengan vaksinasi. Walaubagaimanapun, cuba fikir sejenak tentang generasi akan datang. Sekarang sahaja sudah banyak penyakit-penyakit baru seperti Corona Virus ( Covid 19) dan sebagainya. Siapa sangka tahun yang akan datang, kita terpaksa duduk dirumah sahaja disebabkan bahayanya penyakit di era baharu ini. Besar kan impak vaksin ini ? Tepuk kepala tanya fikiran.

Sumber:

https://www.researchaustralia.com.au/pros-and-cons-of-vaccination/

https://nursinganswers.net/essays/advantages-and-disadvantages-of-vaccinations.php

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *