gula

Gula adalah penyedap rasa, tapi banyak keburukkan yang perlu anda ketahui

gula
Credit gambar : Gula

Kita semua merupakan penggemar gula. Dalam sehari tidak kurang dari sekali kita akan mengambil minuman bergula. Ada diantara kita yang bukan sahaja sekali, bahkan sehingga setiap kali menjamah makanan akan disertakan dengan air bergula atau manis.

Adakah kita sedar gula berputih sebenarnya berbahaya kepada kita? Terdapat pelbagai alternative yang lebih baik dan sesuai dengan badan kita seperti gula kelapa. Kesan daripada mengambil gula putih kepada tubuh amat buruk sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang.

Gula putih merupakan gula daripada tebu. Gula putih merupakan sucrose yang terdiri daripada gabungan 50 % glucose dan 50 % fructose. Menurut pakar pemakanan, gula putih merupakan perkara yang addictive atau mendatangkan ketagihan. Pengambilan gula putih tidak diperlukan oleh badan untuk tenaga kerana badan boleh mengambil tenaga daripada karbohidrat complex yang lain.

Glucose diproses menggunakan insulin untuk proses penghadaman supaya digunakan oleh sel sel badan manakala fructose akan terus dibawa ke liver/hati. Fructose apabila tiba di liver akan ditukarkan kepada glucose kemudian disimpan sebagai glucogen. Storage glycogen terhad hanya sebanyak 100 gram sahaja. Jika badan kita mempunyai lebihan fructose, ianya akan ditukar kepada fatty acid kemudian tryglyceride(sejenis lemak). Hal inilah merupakan punca kepada sakit pada liver/hati berlemak atau non alcoholic liver disease.

gula23
  1. Bahaya untuk otak

    Menurut Dr Rizal yang merupakan pakar otak terkenal di Malaysia, gula putih membunuh sel otak di kawasan bernama “hipocampus” atau dikenali sebagai pusat memori. Hal ini akan membuatkan perkara berkaitan daya ingatan atau memori seseorang yang mengambil gula putih akan terganggu.

  2. Merendahkan prestasi otak

    Menurut Dr Rizal lagi, gula putih akan merendahkan prestasi otak di bahagian prefrontal cortex, tempat dimana manusia membuat keputusan, merancang, pertimbangan, dan belajar dari kesalahan masa lalu. Jika prestasi otak kita di bahagian ini merudum, impak pada diri kita adalah dalam membuat keputusan yang baik.

  3. Gout attack

    Serangan gout boleh berlaku asbab berlebihan gula putih. Fructose berlebihan dalam gula putih akan mengeluarkan purine, purine ini akan ditukar menjadi uric acid. Uric acid inilah apabila berkumpul akan menyebabkan gout serangan gout.
gula1

Selain itu, banyak individu melaporkan bahawa badan mereka terasa lebih bertenaga selepas 2 minggu meninggalkan gula putih. 

Sebenarnya, terdapat banyak lagi kesan buruk pengambilan gula putih berlebihan selain daripada mendapat diabetes atau kencing manis. Oleh itu, kita seharusnya sedar akan bahaya gula putih yang tidak diperlukan oleh badan kita. Mengelakkan gula putih akan memberikan kesan kesihatan jangka panjang yang lebih baik untuk diri kita. 

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *