work from home

“Work From Home” Norma Baharu untuk masyarakat dunia

Sedang Malaysia di dalam kemelut covid 19, ramai diantara kita yang bekerja di rumah, atau lebih kenali sebagai Work From Home (WFH). Tapi ramai yang menghadapi masalah di mana produktiviti mereka merudum sewaktu bekerja di rumah.

work from home

Ini adalah tips menarik yang anda boleh lakukan sewaktu Work From Home!

  1. Mandi

    Ya! Mandi adalah perkara pertama sekali yang anda harus buat sewaktu bekerja di rumah. Nampak perkara ini remeh, tapi ramai dikalangan para Work From Home mandi pada waktu tengah hari. Jadi sewaktu kerja pada waktu pagi, mereka tidak merasa segar dan hilang fokus. Kalau boleh mandi lah pada awal waktu, supaya anda lebih bersedia untuk memulakan pekerjaan.


  2. Sarapan Pagi

    Sarapan pagi amat penting bagi kita supaya kita tidak hilang fokus sewaktu bekerja. Tapi anda haruslah sarapan sebelum waktu bekerja. Jika anda sarapan sewaktu melalukan kerja, sudah semestinya konsentrasi anda terganggu dah produktiviti kerja merudum. Kalau kita bandingkan bekerja di pejabat, sudah semestinya anda tidak makan sewaktu melakukan pekerjaan. Begitulah juga di rumah, hal ini akan membuatkan anda lebih fokus.


  3. Ruang Bekerja

    Jika di pejabat, kita mempunyai ruang dan tempat khas untuk kita bekerja, atau lebih kenali sebagai Cubicle. Begitu juga di rumah, anda perlu menyediakan ruang atau tempat untuk bekerja supaya mood dan feel bekerja itu ada. Untuk menambahkan lagi semangat, dekorasilah ruang bekerja anda, nescaya anda lebih seronok bekerja di rumah.


  4. Susun Jadual Harian

    Bekerja di rumah lebih flexible berbanding di pejabat kerana anda boleh buat perkara lain selain bekerja. Jangan salah faham, anda tidak seharusnya buat perkara lain sewaktu bekerja, namun anda boleh menggunakan waktu rehat untuk perkara yang berfaedah. Contohnya sebelum masuknya waktu kerja, anda boleh meletakkan baju di dalam mesin basuh, kemudian pada waktu rehat di tengah hari, anda boleh jemur pakaian anda. Kebiasaannya jika kita bekerja di pejabat, kita tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti ini. Selain itu anda juga boleh melipat baju dan mengemas rumah sewaktu waktu rehat.


Secara ringkasnya, anda boleh merasa suasana bekerja seperti di pejabat walaupun anda berada di rumah. Asalkan anda tidak membazir masa dan mengikuti tips dari kami.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *