smartphone

Smartphone Buat Gamer diluar Sana

Pada era globalisasi ini, kita telah memasuki suku ke 2 bagi tahun 2020. Smartphone di dunia malahan di Malaysia sentiasa maju ke depan dengan teknologi yang mantap. Permintaan telefon pintar kelas pertengahan merupakan saingan kuat bagi smartphone flagship, dengan harga RM1000, anda boleh memiliki smartphone idaman anda dimana spesifikasinya teramat padu sehinggakan dapat menewaskan spesifikasi smartphone flagship. Oleh itu, disini saya akan memfokuskan 4 smartphone terbaik bawah RM1000 untuk “GAMING”. Jom tengok!

  1. REALME 6

    image 47

    Jika anda adalah penggemar telefon pintar jenama REALME , REALME 6 merupakan pilihan yang bijak dimana harganya cumalah RM 999. REALME 6 ini telah diperkenalkan pada Mac 2020. Peranti ini memiliki kelebihan yang setanding dengan telefon pintar flagship iaitu ianya mempunyai 90Hz Fresh Rate Display dimana apabila anda bermain game , ianya akan melancarkan tanpa ada sebarang kekacauan. Selain itu juga , Chipsetnya Helio G90T juga memberikan kesan yang positif ketika bermain game tanpa ada sebarang keraguan. Tidak lupa juga , kapasiti bateri yang besar sebesar 4300 mAh dapat memberikan penggunaan yang lama ketika anda bermain game selama 6 jam tanpa henti. Tambahan pula , RAM dan Storan Kapasiti yang dibekalkan dalam REALME ialah 4GB RAM dan 128 ROM.


  2. XIAOMI POCOPHONE F1

    image 52

    Xiaomi Pocophone F1 merupakan telefon pintar yang pertama hasil produk Xiaomi dimana Chipsetnya setanding dengan telefon pintar flagship. Walaupun Pocophone F1 adalah produk lama, namun spesifikasinya dapat menandingi telefon pintar flagship yang lain. Pocophone F1 telah diperkenalkan pada August 2018 dan telah mengejutkan kepada semua pengguna telefon pintar kerana spesifikasinya tak masuk dek akal kerana harganya yang mampu milik. Firstly, Chipsetnya , snapdragon 845 mampu memberikan pengalaman yang bermakna buat si pengguna ketika bermain game seperti Player Unknown Battleground , Mobile Legends , Call Of Duty dan lain lain kerana anda akan bermain sebarang game dengan lancar tanpa ada sebarang kekacauan. Kedua , tidak hairanlah jika Pocophone F1 memiliki teknologi penyejuk kerana ianya merupakan gaming telefon pintar dan dapat mengurangkan rasa panas telefon ketika anda bermain game selama Mana yang anda inginkan. Selain daripada itu , Kapasiti bateri juga memainkan peranan penting bagi sesuatu gaming telefon pintar. 4000 mAh sudah mencukupi bagi sesuatu gaming telefon pintar untuk bermain game. Harga Pocophone F1 pada tahun 2020 sekarang adalah RM 900 sudah dapat memilikinya.


  3. REDMI NOTE 9S

    image 53

    Redmi Note 9s telah dilancarkan diseluruh Malaysia melalui pengedar sah Xiaomi pada Mac 2020. Walaupun Redmi Note 9s hanya mempunyai chipset sebanyak Snapdragon 720G, namun bagi seorang gamer tegar , ianya tidak akan menjadi masalah malah dapat memberikan kelancaran ketika bermain game. Kapasiti baterinya terlalu besar sehingga mengalahkan telefon pintar kelas pertengahan dan flagship yang lain. 5020mAH adalah Kapasiti bateri yang telah disediakan di dalam Redmi Note9s ini. Kedudukan kameranya telah menarik ramai peminat untuk membelinya kerana ianya adalah dalam bentuk petak dengan diletakkan 4 jenis kamera (Depth sensor, Kamera Utama, Ultrawide.dan Micro). Skrinnya yang besar iaitu 6.67” FHD, dapat memberikan kepuasan kepada pengguna ketika bermain game atau melaksanakan 90% tugasan harian yang lain. Dengan harga RM 649, anda dapat memiliki Redmi Note9s ini , bermula dengan RAM 3GB + Storan 64GB , berbaloi bukan ?


  4. HONOR 9X PRO

    image 54

    Honor 9x Pro merupakan telefon pintar pertama keluaran Huawei yang menggunakan Huawei AppGallery untuk menggantikan Google Play Store. Honor 9x Pro telah diperkenalkan diseluruh tanah air Malaysia pada pertengahan April 2020. Jika anda seorang gamer tegar dan bermain game terlalu lama, anda tidak perlu risau dengan kepanasan yang bakal Honor 9x Pro alami kerana Honor 9x Pro telah dibekalkan dengan sistem cecair yang mampu menyejukkan telefon ketika penggunaan yang terlalu lama. Chipset yang Honor 9x Pro gunakan ialah HiSilicon Kirin 810 SoC , ianya merupakan chipset yang up to date dan sentiasa bersaing dalam memberikan kelancaran ketika anda bermain game. Kapasiti bateri yang telah dibekalkan untuk Honor 9x Pro ini ialah 4000 mAh, sudah mencukupi untuk anda bermain game selain 4 ke 5 jam berterusan tanpa henti. Ram dan Storan Kapasiti yang hanya memasuki pasaran Malaysia ialah 8GB RAM/128 GB ROM & 256 GB ROM. Harga yang ditawarkan untuk memiliki peranti ini bermula dari RM 899 hingga RM 999.

Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *