Bedak Sejuk

Ketahui Rahsia Bedak Sejuk

Assalamualaikum, Salam sejahtera. Ramai yang tidak tahu rahsia kejelitaan orang dulu-dulu. Zaman dahulu tiada teknologi yang tinggi untuk buat rawatan laser, infra red, dan bermacam-macam lagi rawatan canggih. Orang-orag terdahulu telah menggunakan bahan yang sangat murah iaitu beras dan air. Bedak diperbuat dari beras dan air yang direndam dalam tempoh tertentu. Secara asas hanya dua bahan itu sahaja yang diperlukan. Sebahagian orang telah menambah air mawar atau rendaman daun pandan untuk menambah aroma wangian dalam bedak ini. Jadi semua bahan yang digunakan adalah semulajadi tiada bahan kimia.

image 44

Menurut orang-orang dahulu makin lama rendaman beras dan air makin berkesan bedak sejuk tersebut. Orang-orang dahulu akan merendam air dan beras selama 6 bulan dan ada yang lebih. Makin lama rendaman makin berkualiti dan berkesan bedak tersebut. Mari kita lihat antara kebaikan bedak sejuk.

bedak sejuk
  1. Tiada Bahan Pengawet

Ianya tidak membahayakan pemurkaan kulit. Ini kerana tidak semua orang mempunyai ketahan kulit yang sama, ada orang mempunyai kulit yang sensetif. Jadi bedak sejuk adalah selamat untuk digunakan.

2. Anti Oksidan dan Anti Radang

Bedak sejuk semulajadi mengandungi 17 jenis fatty acid. Fatty acid yng tertinggi dalam bedak sejuk ialah (LINOLEIC ACID). Linoleic asid atau Vitamin F ini dapat memberikan kelembapan, keanjalan pada kulit. Ianya juga dapat melawan radikal bebas termasuk sinaran UV. Juga dapat melega kan keradangan seperti ruam dan sebagainya.

3. Membantu Menanggalkan Sel Kulit Mati

Beras yang direndam dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun, akan menghasilkan Lactic Asid (sejenis AHA). AHA berfungsi untuk membantu menanggalkan sel kulit mati.

4. Menyejukan dan Melembutkan

Bedak sejuk juga mengandungi banyak amino acid, yang juga dapat melegakan keradangan, membantu menganjalkan dan dapat melembutkan kulit.

Rujukan:

IG kaymanbyielamya

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *