4 amalan menjemput rezeki secara langsung

Rezeki perlu dicari, tak datang bergolek

Hari ini setiap orang berusaha mencari rezeki untuk meneruskan survival masing-masing. Apa yang menjadi kerisauan manusia, yang menyebabkan manusia bangun pagi di kala mengantuk? Jawapannya : Rezeki.

Malah kerana risau dengan rezeki, ada orang yang sanggup melakukan perkara haram.

Namun di sini, kita mahu melihat rezeki dari kaca mata seorang yang beriman pada ALLAH. Bukan mencarinya rezeki, tapi rezeki mencari kita. Dengan 4 amalan menjemput rezeki secara langsung ini, insyALLAH rezeki mendatangi kita, apatah lagi kita mencarinya, tentunya lagi dipermudahkan oleh ALLAH.

Perkongsian ini diberikan oleh Syeikh Ali Jaber

  1. Qiyamullail

Qiyamullail ialah menghidupkan malam dengan ibadat kepada ALLAH. Berdiri malam melaksanakan solat merupakan isi Qiyamullail yang penting.

Menurut Syeikh, amalan ini kesannya akan mendatang rezeki dalam kehidupan kita.

Seeloknya kita usahakan berdiri lama ketika solat, dengan menghayati bacaan solat. Tidak perlu risau jika kita tidak hafal banyak surah dalam al – quran bahkan kita boleh mengulangi surah yang sama.

Yang penting di sini adalah menikmati bacaan kita. Kalau kita bosan dengan bacaan kita, hendaklah kita ingat bahawa ALLAH tidak bosan mendengar. Bahkan ALLAH paling suka mendengar bisikan,doa,bacaan atau munajat kita di malam hari.

2. Perbanyakkan Istighfar

Banyakkan istighfar terutama di waktu sahur. Dengan istighfar ALLAH akan mendatang rezeki kepada kita.

فَقُلۡتُ اسۡتَغۡفِرُوۡا رَبَّکُمۡ ؕ اِنَّہٗ کَانَ غَفَّارًا

يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

إِنَّآ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِۦٓ أَنْ أَنذِرْ قَوْمَكَ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun,  niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS: Nuh {71}: 10-12)

rezeki

3. Banyakkan Sedekah

Bukan bermaksud banyak sedekah, tetapi di sini kata syeikh, ialah istiqamah terus menerus sedekah. Bukan soal banyak atau sedikit.

Seolah – olah kita mengikat, berjanji untuk bersedekah, tidak boleh terlepas dari sedekah.

Jangan tunggu hari tertentu, malam tertentu untuk bersedekah. Kalau boleh, kalau ada apa-apa yang mengganggu diri kita, keluarga, dalam segala hal kesulitan menimpa, segerakan bersedekah.

4. Berzikir

Berzikir di pagi hari dan petang. Perbanyakkan lah zikir lain di pagi dan petang hari, dengan istiqamah melaksanakan nya kita bukan sahaja mendekatkan diri kepada ALLAH, bahkan urusan mengenai rezeki akan dimudahkan oleh ALLAH swt yang Maha Kaya

Semoga dengan perkongsian ini kita tidak mensia siakan anugerah amalan yang ALLAH kurniakan kepada kita. Jangan lah kita menjadi hamba dunia, luangkan masa untuk beribadat dengan mengingati ALLAH. ALLAH yang Maha Kaya akan lapangkan rezeki buat kita insya ALLAH.

day266

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

PS : Jom lihat 5 Pekerjaan Gaji Tinggi Dalam Bidang IT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *