terdampar

3 Warga Cuba terdampar di pulau tidak berpenghuni selama 33 hari. Mereka terdiri daripada 2 lelaki dan seorang wanita, telah berenang ke pulau tersebut setelah bot yang mereka naiki karam.

terdampar
33 Hari Terdampar di Pulau Tidak Berpenghuni

Bagi meneruskan hidup, mereka terpaksa memakan tikus, kerang dan kelapa. Salah seorang anak kapal yang terlibat dalam operasi menyelamat telah nampak kelibat kibaran kain di pulau tersebut.

Laporan BBC, pengawal pantai Amerika Syarikat (AS), berkata, kelibat mereka disedari oleh pasukan udara pengawal pantai yang sedang melakukan rutin rondaan yang kemudian melihat kibaran kain di Anguilla Cay.

Ketiga-tiga mereka berjaya dibawa keluar dari pulau tersebut menaiki helikopter pada Selasa dan diberi rawatan di pusat perubatan Florida.

Artikel Penuh

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *