brokoli

Bila sebut je pasal brokoli, mesti ada antara kita yang memang tidak suka dengan sayur ini. Yela, rasanya tidak seenak berbanding sayur lain. Namun tahukah anda sayur ini mempunyai kelebihan dan khasiat yang tersendiri.

3 Kebaikan Sayur Ini

brokoli

Sumber

1. Mempunyai vitamins dan minerals yang tinggi.

Salah satu kelebihan brokoli ini ialah kandungan nutrient pada sayur tersebut. 91 gram sayur yang mentah mempunyai:

  • karbohidrat
  • protein
  • lemak
  • fiber
  • vitamin C
  • vitamin A
  • vitamin K
  • vitamin B9
  • potassium
  • phosphorus
  • selenium

Sayur ini boleh dimakan secara mentah dan juga dimasak. Bergantung pada cara masakan, sebagai contoh rebus sayur tersebut atau menggunakan microwave boleh mengurangkan vitamin C.

2. Dapat pertahankan badan dari kanser

brokoli

Sumber

Brokoli mempunyai bioactive compounnd yang dapat mengurangkan kerosakan sel di dalam tubuh badan disebabkan oleh penyakit kronik seperti kanser.

Beberapa kajian telah dibuat dan antara kanser – kanser yang dapat dikurangkan kerosakan sel ialah:

  • kanser payudara
  • kanser prostate
  • kanser perut
  • kaner buah pinggang

Walaupun kajian telah banyak dibuat, namun masih belum lagi untuk mengatakan sayur tersebut boleh merawat kanser – kanser ini.

3. Vitamic C dapat menyokong sistem pertahanan badan

brokoli

Sumber

Seperti pada point nombor 1, brokoli mempunyai vitamin C yang tinggi. Vitamin C juga bertindak untuk menyokong sistem pertahanan badan manusia. Kajian telah dibuat bahawa vitamin C dapat melawan dan merawat penyakit. Pengambilan vitamin C sebanyak 100 hingga 200 mg sudah mencukupi.

Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *