kidney

Sejak kebelakangan ini, penyakit buah pinggang semakin banyak terkena rakyat Malaysia. Penyakit ini merupakan penyakit yang berisiko terkena sesiapa sahaja. Artikel kali ini kita akan bincang secara ringkas berkaitan buah pinggang.

penyakit buah pinggang
Sumber : remaja.my

Fungsi buah pinggang

Dalam badan manusia, ada saluran darah yang besar dan kecil. Saluran darah ini membawa zat – zat makanan yang datang dari pemakanan. Dalam darah kita ada oksigen, nutrisi, dan vitamin, kesemua ini dibawa oleh saluran darah ke tisu badan kita.

Daripada tisu badan kita tadi, akan ada bahan bahan kumuh yang dikeluarkan kembali masuk ke dalam saluran darah untuk disalurkan ke seluruh badan.

Punca Utama Penyakit Buah Pinggang

Punca utama penyakit buah pinggang adalah kencing manis. Kedua tekanan darah tinggi. Ketiga ialah keradangan pada buah pinggang.

Jika kita makan ubatan atau supplement tidak terkawal, ianya akan memberi impak pada buah pinggang juga.

Peringkat kerosakan. Ada peringkat pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima. Jika buah pinggang sudah berada tahap kelima, maka diperlukan pemindahan buah pinggang atau dialisis

Untuk mencegahnya, jagalah pemakanan. Terutama mereka yang mempunyai sejarah kencing manis, hendaklah sentiasa periksa dan juga berhati hati dalam pengambilan gula yang berlebihan.

Selain itu, amalkan lah gaya hidup yang sihat. Makanan yang masin juga harus dikurangkan.

Marilah kita berdoa agar kita diberi kekuatan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan dijauhkan oleh ALLAH penyakit ini hingga akhir hayat.

Rujukan : Avicena channel

PS : Manfaat Khasiat Halia Pada Tubuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *