Umrah di Bumi Anbiya
Walaupun kini dunia masih berperang dengan virus Covid-19, namun bukan penghalang untuk kita berkisah tentang pengalaman indahnya umrah di kota suci Mekah dan Madinah. Bagi kita penganut agama Islam, sudah pasti ibadah umrah menjadi salah satu diantara shortlist dalam hidup kita. ALLAHU AKBAR!
Pengalaman berada disana amatlah indah kerana disana kita akan mendapat satu ketenangan yang tidak pernah kita rasa ditempat lain. Kita berehat dari segala kerja hakiki kita di pejabat, kita tinggalkan segala jawatan dan pangkat kita untuk meluangkan masa lebih kurang 2 minggu disana untuk mendekatkan diri kita kepada ALLAH.

Kita dapat melihat bagaimana diri kita yang sebenar disana. Selain dapat mengikuti ziarah bersama mutawwif berpengalaman ke tempat-tempat yang penuh dengan Sirah baginda dan nabi-nabi yang lain. MasyALLAH! Kembara umrah di bumi anbiya ini pastinya menjadi pengalaman yang cukup indah dan berharga buat sesiapa sahaja yang telah merasai sendiri pengalaman disana.

Di Malaysia sendiri, terdapat pelbagai travel agensi yang menawarkan pakej yang boleh dikatakan ekonomik untuk memudahkan jemaah umrah menunaikan umrah disana, antaranya:
- Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
- Juara Travel & Tours Sdn Bhd
- Tiram Travel Sdn Bhd
- Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd
- Rayhar Travels Sdn Bhd
Banyak lagi travel agensi yang ada di Malaysia, diatas adalah diantara yang sering menjadi buah mulut para jemaah kerana kualiti perkhidmatan dan servis yang baik. InsyALLAH. Semoga niat kita untuk ke sana dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T

Semasa hendak menunaikan ibadah umrah, jemaah perlu berihram dan melakukan niat umrah di miqat. Terdapat 5 miqat iaitu:
- Yalamlam – bagi yang datang dari arah Yaman. Pada satu ketika dulu, orang Malaysia yang menaiki kapal laut mengenakan pakaian ihram dan berniat ihram di atas kapal apabila melalui miqat ini.
- Bir Ali atau Zulhulaifah – bagi yang datang dari arah Madinah dengan bas, kereta, dsb. Bagi mereka yang menaiki pesawat kapalterbang, miqat mereka ialah di lapangan terbang Madinah.
- Al-Juhfah – bagi yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dsb.
- Zatu Irqin – bagi yang datang dari arah Iraq.
- Qarnul Manazil – bagi yang datang dari arah Najd, Kuwait, dan juga jemaah Malaysia dan Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapalterbang.

Gambar diatas merupakan salah satu tempat bermiqat iaitu Miqat Qarnul Manazil. Selepas bermiqat, jemaah akan terus pergi ke Masjidil Haram untuk melakukan ibadah umrah. Antara rukun umrah adalah dimulai dengan:
- Ihram
- Tawaf
- Saei
- Tahlul
- Tertib
Seterusnya untuk aktiviti ziarah, mutawwif berpengalaman akan membawa para jemaah untuk melawat ke kawasan yang penuh dengan kisahnya yang tersendiri. Kita dapat mengetahui sirah Rasullah dengan lebih jelas. Bagaimana perjalanan Islam disana dan terdapat juga muzium yang memaparkan pelbagai sejarah dan kisah untuk tatapan jemaah seluruh dunia.
Keindahan tanah haram ini sukar untuk digambarkan, jemaah akan merasakan satu perasaan seperti dekat berada dengan Baginda. Segalanya indah disana, setiap amalan yang dilakukan di tanah haram pula akan dilipat kali ganda 1000 kali ganjaran pahala. MasyALLAH! Admin akan share sikit bagaimana suasana disana. Semoga menjadi pemangkin semangat buat semua untuk sampai ke sana satu hari ini. InsyALLAH.
Apa yang lebih menarik adalah jemaah dapat mencium Hajarul Aswad sekiranya diizinkan ALLAH selain dapat memegang sendiri Kaabah yang menjadi kiblat kita umat Islam selama ini. InsyALLAH. Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan kerana bukan semua jemaah dapat mencium dan memegang sendiri Hajarul Aswad dan Kaabah kerana kawasan ini sentiasa dipenuhi jutaan para jemaah.
“Nikmat mana lagi yang hendak kamu dustakan?”
Jemaah Malaysia sangat terkenal dengan sifat lemah lembut sehingga menjadi buah mulut bagi masyarakat tempatan disana. Tagline “Malaysia bagus!” sering kedengaran ketika berada disana. Ternyata mereka suka untuk menegur dan melakukan aktiviti ekonomi seperti jualan produk mereka kepada jemaah dari Malaysia. Kebanyakkan dari mereka fasih untuk berbahasa Melayu yang memudahkan jemaah untuk berinteraksi dengan mereka.
Kami dari kakibawang.my mendoakan kalian para pembaca kami dapat menjejakkan kaki kalian disana. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. InsyALLAH! Nah kami belanja lagi beberapa foto untuk tatapan bersama.
Admin pernah terfikir betapa bertuahnya mereka yang bekerja disana seperti pekerja pembersihan dan polis seperti dalam gambar diatas. Bekerja di rumah ALLAH S.W.T dan berpeluang beribadah sepanjang masa disana. MasyALLAH! Rezeki yang tidak boleh disangkal. Kesian saja dari kami. Sekian, Terima kasih.
Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my