Capture 2

Prinsip kewangan penting dalam kehidupan masa kini

Prinsip kewangan amat perlu dititik beratkan agar kita tidak tersalah dalam membuat sebarang keputusan. Adakah anda menghadapi cabaran kewangan berikut?

  • Tidak boleh menyimpan secara tetap setiap bulan.
  • Tidak mempunyai harta.
  • Mempunyai hutang lapuk dan membebankan.
  • Tidak mempunyai jumlah simpanan yang cukup.
  • Terasa dihimpit beban kewangan.
  • Hidup rasa serba tak kena.
  • Tidak tahu bagaimana untuk bermula

Sebelum tu siapa Zaidi Ismail?

10 Prinsip Kewangan Gaya Zaidi Ismail
10 Prinsip Kewangan Gaya Zaidi Ismail
  1. Sebelum Nak Beli Kereta

Jika bajet ansuran kereta RM500 & kos operasi RM500 setiap bulan. Cuba simpan RM1k setiap bulan. Dalam masa 18 bulan dah boleh beli kereta tunai RM18k

2. Sebelum Nak Ambil Pinjaman Peribadi

Misalnya mahu RM20k untuk kahwin & bajet bayaran ansuran RM300 sebulan selama 10 tahun, maka mesti boleh simpan sendiri RM300 di Tabung Haji atau ASB selama 5 tahun sebelumnya dah boleh dapat RM22k

3. Kalau Bajet Nak Main Kutu

RM100 sebulan main 10 orang untuk kumpul RM1k. Kenapa tak simpan sendiri jer RM100 dalam masa 10 bulan dan dapat RM1k tanpa perlu melibatkan orang lain dan terdedah kepada pelbagai risiko

4. Kalau Merancang Beli Rumah

Contohnya ansuran bulanan RM600 sebulan. Kenapa tidak simpan sendiri RM600 sebulan selama 3 tahun di ASB atau Tabung Haji. Sudah pasti ada deposit 10% untuk membeli rumah berharga RM150k

5. Kalau Merancang Beli Perabot Rumah

Harga perabot RM5k melalui kredit dengan ansuran yang kononnya mudah sebanyak RM200 sebulan selama 3 tahun. Kenapa tak simpan jer RM200 di Tabung Haji atau ASB selama 2 tahun sebelumnya tanpa perlu berhutang

6. Kalau Ada Niat Nak Kumpul Harta

Kenapa buat beban? Sudah pasti harta tidak dapat dikumpul kerana tindakan tidak sama dengan niat.

7. Kalau Ada Matlamat Untuk Menyimpan

Kenapa habiskan pendapatan dengan berbelanja. Simpan dahulu barulah berbelanja bukan sebaliknya.

8. Kalau Dah Tahu Anak Bakal Sekolah

Kenapa tidak dari lahir sudah dibuat simpanan untuk perbelanjaan sekolahnya akan datang. Anak bukan masuk sekolah sehari selepas dia lahir.

9. Kalau Dah Tahu Raya Setiap Tahun

Kenapa tidak bersedia setahun sebulumnya. Kos lebih murah kalau beli selepas raya untuk raya berikutnya.

10. Kalau Dah Tahu Bila Nak Cuti

Boleh rancang dan siapkan bajet untuk cuti. Tak perlu berhutang untuk bercuti. Ianya bukan satu kecemasan.

11. Kita Tidak Tahu Bila Kecemasan Akan Berlaku

Adakan tabung kecemasan & takaful yang mencukupi. Sedangkan kita tidak tahu bila boleh berjaga dari tidur inikan pula bila berlaku kecemasan.

Hidup ini mudah kenapa nak disusah-susahkan

Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Sumber: urusinsan.info

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel berkenaan prinsip kewangan ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *