Zlatan

Siapa Zlatan ni ?

Siapa je yang tak kenal Zlatan ni ? Asal sembang pasal Zlatan ni asyik tak kering gusi aku dengar quote-quote legend dari dia ni. Okaylah, sedikit mukadimah untuk seorang susuk tubuh tinggi yang bernama Zlatan ni. Nama sebenar dia ialah Zlatan Ibrahimovic. Pemain kelahiran Malmo, Sweden ni memang full with punch lines yang memang lawak ! So, ape tunggu lagi ?! Jom kita layan 10 Info Lawak Tentang Zlatan Ibrahimovic.

Zlatan Ibra edited
  1. Jangan Sia-Sia kan Makhluk Bernama Zlatan Ibrahimovic

Haa, Zlatan ni dia punya angkuhnya dia ada bagi komen dekat Pep Guardiola. Dia cakap,

Bila kau beli aku, ibarat macam kau beli Ferrari. Kalau kau pandu Ferrari, kau isi minyak premium dalam tank dan kau terus ke highway dan kau tekan throttle sampai habis. Guardiola ni dia pegi bawak ferrari ni dan isi minyak dengan diesel dan bawak pusing kampung je. Baik la beli kete Fiat je.

Ye ta ye jugak. Pep tu beli Zlatan last last tak pakai pun Lord Zlatan. What a waste!

  1. PSG nyaris nak kekalkan Zlatan di Club

Dulu sebelum Zlatan pindah ke LA Galaxy, PSG nyaris nak kekalkan dia dekat club. Tapi apakan daya, tidak kesampaian. Zlatan macam biasalah, dia bagi komen punchline dia lagi.

Aku tak rasa mereka (PSG) akan tukar Eiffel Tower tu kepada patung statue aku. Tapi.. Kalau mereka (PSG) boleh, aku akan stay sini (PSG). Aku janji.

Macam biasa Zlatan, tak pernah tak kelakar!

  1. Permainan Video Game dan Zlatan? Of-course Zlatan!

Ada pengacara mewawancara Zlatan tentang video game FIFA, Zlatan beri pandangannya yang menakjubkan,

Aku tak rasa yang ada manusia boleh tiru jaringan gol macam yang dibuat oleh Zlatan dalam video game, walaupun game sekarang sangat realistic.

Tengok? Tipikal Zlatan!

  1. Hadiah? Dia ada Zlatan!

Bila ada pengacara bertanya apa yang dihadiahkan Zlatan untuk isteri dia sempena Valentine’s Day, dia jawab

Apa maksud kau ‘hadiah’? Dia ada Zlatan! Tulah hadiah dia.

Ye tak ye jugak kan ? Zlatan lah hadiah paling besar untuk isteri dia. Betul kelakarlah Zlatan!

  1. Zlatan kalau dapat gelecek, pergh! Zlatan kan!

Ada satu game antara PSG dan Liverpool, Zlatan dribble pass defender Liverpool bernama Stephane Henchoz. Zlatan komen pada interview dia,

Mula mula aku pergi ke kiri, dia pun ke kiri jugak. Aku glecek ke kanan pulak, dia pun ikut sama. Lepas aku pergi glecek kiri balik dia dah pergi beli hot dog dah.

Hahaha Zlatan betul menganjing dia!

  1. Portugal singkirkan Sweeden dari play-offs. Portugal silap besar tu!

Zlatan bagi komen selepas Sweeden kena singkir oleh Portugal untuk World Cup play-offs,

World Cup takda Zlatan macam tin kosong je. Sangatlah tak berbaloi menanti World Cup kalau Zlatan takda.

Ape punya portugal lah. Spoil mood World Cup lah! World Cup mana best kalau takda Zlatan!

  1. Siapa tak kenal Zlatan?

Waktu Zlatan baru berpindah ke Ligue France, dia ada komen.

Ya memang betul aku tak kenal pemain dekat liga ni. Tapi aku yakin yang mereka semua mesti kenal siapa Zlatan.

  1. King of Manchester? Zlatan Dewa kepada Manchester!

Ada pengacara sukan tanya pada Zlatan berkenaan adakah Zlatan akan menjadi King of Manchester untuk season dia bersama Manchester United. Zlatan balas komen tersebut,

Haha aku takkan jadi King of Manchester, aku akan menjadi Dewa kepada Manchester!

Zlatan dan takbur berpisah tiada!

  1. Ura Ura mengatakan Zlatan akan membeli Porsche, tapi rupanya sebaliknya!

Macam biasa Zlatan komen pada rumors dia akan membeli kereta porsche,

Sudah semestinya tidak. Aku dah order kapal terbang. Ia lebih laju.

  1. Wanita paling cantik? Of-course milik Zlatan!

Komen Zlatan bila ada orang bertanya untuk menamakan wanita paling tercantik di dunia. Zlatan menjawab,

Aku tak bertemu dengan wanita sebegitu rupa lagi. Tapi kalau aku bertemu, aku akan keluar dengan dia.

Mulut manis betul makhluk bernama Zlatan ni!

Jom baca content kakibawang.my untuk lebih banyak informasi menarik lagi!

Sumber :

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *